“Kalau kat Malaysia…” – [VIDEO] Konvoi Kerabat Diraja Jepun Berhenti Untuk Bagi Laluan Ambulans

Entertainment
9 Mar 2022 • 6:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video dari Facebook Inforoadblock telah menarik perhatian netizen berkenaan dengan konvoi daripada orang ternama dari Jepun yang memberi laluan kepada ambulans.

 

Konvoi kerabat Diraja Jepun

Dalam video yang berdurasi 37 saat itu, kelihatan pihak polis menahan konvoi dan mereka berhenti sebentar untuk memberi laluan ambulans yang sedang membunyikan siren.

Menurut sumber, konvoi itu merupakan konvoi daripada kerabat Diraja Jepun, iaitu Raja Akihito dan isteri Permaisuri Michiko.

Dalam masa 7 jam, video ini telah meraih lebih daripada 2,700 jumlah tontonan.

[LUAR NEGARA]Konvoi kerabat Diraja Jepun (Raja Akihito dan isteri Permaisuri Michiko) berhenti sebentar bagi memberi laluan kepada ambulans..

Posted by Inforoadblock on Tuesday, March 8, 2022

Malah, sebelum ini viral di media sosial satu video memperlihatkan konvoi daripda Presiden Indonesia Joko Widodo yang memberikan ruang untuk ambulans lalu.

Ternyata video kerabat Diraja Jepun itu telah mendapat perhatian netizen di Malaysia dan menjengah ke ruangan komen, ramai yang kaitkan video ini dengan isu yang terjadi di negara kita pada baru-baru ini.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ada sebab kenapa Malaysia bertindak sebegitu, sebelum ni pihak polis Malaysia sendiri telah menjelaskan bahawa ia bertujuan untuk elak daripada bertembung dan berlaku kemalangan.

Husnuzon mungkin sebab keadaan jalan di Malaysia lain kot….

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.