Tak Sampai 24 Jam Ditemuramah TV Alhijrah, Netizen Dakwa ‘Kak Long’ Hina OKU Pula?

16 Mar 2022 • 10:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagaikan tidak serik-serik dilanda kontroversi dan kecaman netizen, Wan Nor Baizura ataupun lebih dikenali sebagai ‘Kak Long’ ini nampaknya menjadi perhatian netizen lagi.

Kalau sebelum ini kecoh diperkatakan mengenai tindakan stesen TV Alhijrah menjemput Kak Long sebagai tetamu jemputan dalam program mereka, kini tular pula satu video baru melibatkan wanita ini.

 

Kak Long ejek golongan OKU?

Menerusi perkongsian seorang netizen di Facebook, tular satu video FB Live yang didakwa dirakam beberapa jam selepas sesi temuramah di TV Alhijrah yang memaparkan Kak Long dikatakan sedang mengejek golongan OKU.

image is not available

Dalam video tersebut juga Kak Long mengatakan yang dia sudah pun ‘famous’ sebelum video mengenainya di 7Eleven tersebut viral.

image is not available

 

“Tiada contoh yang baik dari dia ni”

Video berkenaan ternyata mendapat kecaman daripada netizen yang mana rata-rata berasa wanita tersebut masih tidak belajar daripada kesilapan lampaunya.

Ramai yang berharap Kak Long berubah dan menerima nasihat daripada netizen untuk berhenti melakukan video yang tidak berfaedah.

image is not available

Min pun speechless tak tau nak cakap apa. Harap Kak Long berubah dan terima teguran netizen.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.