Ramai Menitik Mata Tengok Tuan Kedai Belanja Ayah & Anak Perempuan Sempena Hari Jadi

Entertainment
26 Mar 2022 • 1:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa, itulah kata-kata yang boleh digambarkan dengan kisah seorang bapa dan anak perempuannya di Thailand ini.

Menurut Bangkok Post, baru-baru ini viral sebuah kisah tentang seorang budak perempuan yang enggan makan di restoran sempena hari jadinya jika tidak ditemani ayahnya.

เคยดูแต่ละครคุณ​ธรรมในเฟสบุ๊ค​ ไม่คิดว่าจะเกิดขึ้นในชีวิตจริงของเรา 2คนพ่อลูกจะมากินชาบู​ที่ร้าน​ แต่พ่อเงินไม่พอ​…

Posted by Panumas B. Sroitong on Saturday, March 19, 2022

Difahamkan, sang ayah pada mulanya telah membawa anak perempuannya ke sebuah restoran Jepun sempena hari jadi. Namun, lelaki berkenaan menyuruh anaknya makan seorang diri kerana duit yang ada hanya cukup untuk seorang makan.

Dia berkata kepada sang anak bahawa dia akan tunggu di luar restoran sementara menunggu anaknya habis makan. Budak perempuan itu pula mengatakan dia enggan makan jika tidak makan bersama ayahnya.

image is not available

Namun, perbualan anak dan ayah itu kemudiannya telah didengari oleh salah seorang pekerja restoran. Lepas itu, staf kedai berkenaan menceritakan hal terbabit kepada bos dan pemilik restoran.

Pemilik restoran kemudiannya memutuskan untuk belanja si anak dan ayahnya makan di kedai tersebut tanpa perlu bayar apa-apa.

Dia juga dikatakan ada menyuruh pekerjanya keluar membeli kek di kedai berhampiran sebagai hadiah hari lahir kepada budak perempuan itu.

Pemilik restoran yang dikenali sebagai Panumas itu juga ada berkongsikan kejadian yang berlaku di restorannya menerusi Facebook dan rentetan itu, kisah itu mula menarik perhatian netizen Thailand.

image is not available

Ketika ditemu ramah oleh media di sana, Panumas mengatakan dia mahu berkongsi rezeki dengan keluarga itu kerana ketika kejadian, dia dapat melihat bahawa lelaki berkenaan memang sayang akan anaknya itu.

Kejadian itu dipercayai sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) restoran itu.

Rata-rata netizen juga memuji budak perempuan itu kerana dia sangat bertuah memiliki ayah yang sangat penyayang. Kedua-dua mereka juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas kebaikan tuan restoran dan stafnya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.