“Kereta motor dah lah laju-laju” – Warga Cyberjaya Risau Tengok Orang Main E-Scooter Atas Jalan Besar

Entertainment
15 Apr 2022 • 5:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Timbul satu kebimbangan bagi kalangan warga Cyberjaya apabila melihat sikap segelintir orang awam yang suka bermain e-scooter, kerajaan sendiri telah melarang penggunaan skuter elektrik ini di atas jalan raya, lapor BERNAMA.

Satu video memperlihatkan orang awam bermain skuter elektrik di sekitar kawasan tersebut ini amat membimbangkan apabila ramai antara mereka menunggang skuter diatas jalan besar sehingga mengganggu laluan kenderaan lain.

 

Kereta & motor dekat Cyberjaya ni dah la laju-laju.

Jika diperhatikan dalam video tersebut, klip pertama memaparkan 2 orang naik satu skuter, dengan selamba mereka gunakan jalan besar (yang khusus untuk kereta dan motor).

Kemudian, ada satu kereta terpaksa perlahankan kenderaan secara mengejut sebab nak berikan penunggang skuter itu jalan. Banyak lagi klip-klip lain dalam satu video.

Malah dikatakan mereka suka menunggang skuter ini di kawasan gelap dan ia amat bahaya kerana kereta yang lalu lalang biasanya laju-laju belaka dekat Cyberjaya.

Sementara itu, ramai sahaja netizen ceritakan pengalaman mereka hampir-hampir terlanggar penunggang-penunggang ini.

3 kali hampir langgar rider ni – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not available

Haih belum lagi habis kes pasal basikal lajak, muncul mula yang ni. Harap mereka yang nak main tu kena pertimbangkanlah tempat yang mereka nak lalu tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.