“Harga kayangan tapi meja tepi eskalator” – [VIDEO] Pengunjung Bengang Buffet Ramadan Hotel Mewah ‘Crowded’?

Entertainment
12 Apr 2022 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila sudah masuk bulan Ramadan, pasti ramai di antara kita yang ingin mencuba berbuka puasa di hotel mewah atau tempat-tempat yang jarang kita pergi pada hari-hari biasa. Kira macam self-reward gitu!

Harga buffet Ramadan boleh jadi mampu milik dan ada juga yang sedikit mahal, lebih-lebih lagi jika ia diadakan di hotel bertaraf lima bintang. Pastinya, ramai pengunjung mahukan makanan serta servis yang berbaloi dengan harga yang dibayar.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video buffet Ramadan di sebuah hotel mewah yang terletak di Putrajaya mengundang kecaman netizen.

@shitashaiful

Bayar harga kayangan tapi dapat Buffet Iftar mcm ni.. jaga laluan org naik turun lif.. crowded n kompom SOP kelaut dalamimage is not available#masukberanda #foryoupage

♬ original sound – Shita Shaiful – Shita Shaiful

“Bayar harga kayangan, tapi….”

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @shitashaiful itu menunjukkan susunan meja makan buffet Ramadan di hotel empat bintang itu sangat tidak teratur sehinggakan terdapat beberapa buah meja yang diletakkan bersebelahan eskalator dan mengganggu laluan orang ramai.

Tidak cukup dengan itu, dalam videonya yang lain dikatakan terdapat beberapa orang pengunjung masih menunggu untuk mendapatkan meja walaupun telah masuk waktu berbuka.

@shitashaiful

Bila pihak pengurusan hanya fikir nk kaut untung saja.. ni kompom x ikut SOP dah. Terlalu crowded sgt.. penuh meja sampai ke depan pintu masuk lobby.. x serupa hotel berbintang2image is not available#masukberanda #foryoupage

♬ original sound – Shita Shaiful – Shita Shaiful

Difahamkan, insiden ini terjadi di Hotel Le Meridien, Putrajaya, disebabkan keadaan terlalu sesak pengguna TikTok itu juga menyatakan pihak pengurusan tidak mematuhi SOP dan hanya ingin mengaut untung sahaja.

“Baik makan di rumah kalau macam ni!”

Video tersebut mengundang kritikan netizen, malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang hampir sama di buffet Ramadan tersebut.

image is not available

Harap semua bersabar lah ya di bulan mulia ini…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.