
Kota Kinabalu: Empat orang didenda sejumlah RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin, kerana terlibat dalam sesi perjudian.
Ajibah Kemmong, 34, Aida Asaad, 29, Saiful Robert, 27, dan Afiq Jahari, 34, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kerana melakukan kesalahan itu.
Mereka masing-masing didenda RM1,500 atau penjara dua bulan.
Ajibah mengaku melakukan kesalahan itu di kaki lima sebuah kedai di pekan Manggatal, pada pukul 1.27 tengah hari 21 Ogos 2021, Aida mengaku memiliki dua keping loteri haram tanpa lesen pada pukul 4.36 petang 6 Mac tahun ini.
Saiful mengaku mempunyai tiga keping tiket loteri haram pada pukul 2.42 petang 9 Feb tahun ini di tangga bersebelahan sebuah kedai di Yu Sang, Kepayan manakala Afiq mengaku memiliki dua keping loteri haram pada pukul 5.45 petang 18 Sept tahun lalu di pekan Inanam.
Mahkamah mendengar daripada pihak pendakwaan bahawa keempat-empat tertuduh ditahan polis semasa serbuan susulan maklumat mengenai kegiatan perjudian di kawasan masing-masing.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
