Pelitup Muka Perlu Ada Perakuan SIRIM Ditangguhkan Ke Tahun Depan

8 Apr 2022 • 10:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, ramai netizen yang menyatakan ketidakpuasan hati apabila pelitup muka yang bukan gred perubatan perlu mendapat kelulusan SIRIM dan pengilang atau pengimport bakal berhadapan dengan denda jika tidak mematuhi peraturan tersebut.

Bagaimanapun, disebabkan ramai yang memberi respon negatif kepada penguatkuasaan tersebut kerajaan bersetuju menunda penguatkuasaan pewartaan tersebut, sepatutnya ia dikuatkuasakan pada 5 Julai ini tetapi ditangguh sehingga 1 Januari depan.

image is not available

Perkara tersebut diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ekoran reaksi awam termasuk pihak industri terbabit.

“Setelah ambil kira maklum balas masyarakat, kementerian menangguhkan penguatkuasaan pewartaan,” kata beliau pada dalam sebuah majlis.

Dalam laporan Kosmo!, Alexander juga berkata bahawa pewartaan itu bertujuan memastikan produk dihasilkan termasuk diimport mempunyai penandaan sah standard Malaysia (MS) dikeluarkan SIRIM.

“Ini juga bagi memastikan pelitup itu mematuhi piawaian dan berkualiti demi keselamatan pengguna selain meningkatkan perlindungan daripada jangkitan Covid-19,” katanya.

Apa-apapun jangan lupakan SOP ok?

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.