
Kota Kinabalu: Sukan tenis mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu acara sukan dengan prospek pingat dalam Sukan Sukma akan datang sekiranya semua persatuan tenis negeri bersatu padu dengan pendirian mereka.
Naib Presiden Tenis Malaysia (TM) merangkap Presiden Persatuan Tenis Sabah Johnson Koh dalam satu kenyataan berkata Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan (Majlis Sukan Negara) MSN, Mohd Safrushahar Yusoff memberitahu mereka perkara itu semasa kunjungan hormat ke ibu pejabat MSN di Putra Jaya baru-baru ini bersama setiausaha TM Kamaruzaman Kedah.
“Kami dimaklumkan bahawa untuk memastikan sukan tenis dipertandinkan dalam temasya Sukma, mesti ada sekurang-kurangnya lapan negeri yang mengambil bahagian.
“Ini akan dibincangkan dalam mesyuarat MSN dan sekiranya setiap negeri mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Negeri masing-masing, maka tidak ada masalah dalam sukan tenis dipertandingkan,” katanya.
Tambahnya, Safrushahar juga menasihatkan TM untuk mencapai persetujuan dengan sekutunya mengenai isu pemain yang beraksi untuk negeri lain.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


