Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

Technology
19 May 2022 • 4:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Synology adalah nama tidak yang asing dalam dunia solusi penyimpanan data. Mereka menyediakan pelbagai produk pengurusan data yang boleh dimanfaatkan pengguna biasa hinggalah berkelas professional.

image is not available

Network-attached Storage (NAS) adalah salah satu kepakaran Synology. Dengan NAS Synology, anda boleh berasa yakin yang data anda berada di tempat yang selamat. Berikut adalah 5 contoh keversatilan Synology dalam pengurusan data anda.

1. Berhubung dengan NAS Synology dari mana-mana lokasi

NAS daripada Synology ada fungsi yang membenarkan anda mengakses storan daripada mana-mana pada bila-bila masa. Menerusi Synology QuickConnect, anda boleh mendapatkan dokumen-dokument penting walaupun anda berada jauh daripada storan secara fizikal.

image is not available

Semua aplikasi Synology boleh menggunakan QuickConnect untuk log masuk. Ia memudahkan anda mengawal selia tetapan storan anda daripada jauh.

image is not available

2. Backup data komputer dan telefon dengan mudah

Dengan kemampuan mengakses NAS daripada sebarang lokasi bermakna urusan menyalin data ke lokasi yang selamat lebih mudah.

image is not available

Anda boleh memanfaatkan aplikasi Synology Drive yang boleh dimuat turun di komputer ataupun telefon (Android, iOS) sebagai langkah keselamatan terhadap dokumen penting.

3. Backup storan awan ke NAS Synology

Jika Synology Drive adalah untuk telefon dan komputer, bagaimanakah dengan storan awan? Kalau anda ada data daripada storan awan yang perlu disalin ke NAS, Synology Cloud Sync boleh lakukannya. Ia boleh melakukan salinan daripada banyak penyedia storan awan masuk ke dalamnya dengan hanya satu klik.

image is not available

Perkara ini sangat berguna sekiranya anda menggunakan perkhidmatan storan awan dengan kerap dan tidak mahu mendedahkan storan NAS anda kepada persekitaran luar. Ia mengurangkan risiko NAS anda diserang pihak tidak bertanggungjawab.

4.    Wujudkan kemudahan Office peribadi

Synology Office menyediakan kemudahan menyunting dokumen pejabat, sama macam Microsoft Office. Bezanya adalah kemudahan ini beroperasi dalam perkakasan anda yang bermakna, data anda selamat.

image is not available

Anda boleh sunting dokumen malahan ada juga fungsi berkolaborasi seandainya ada lebih daripada satu orang menyunting dokumen yang sama.

5.    Simpan gambar dengan selamat

Synology Photos adalah aplikasi yang sangat berkuasa untuk pengurusan gambar, tak kira sama anda pengguna kasual ataupun jurugambar professional.

image is not available

image is not available

Di NAS, Synology Photos bertindak sebagai server manakala di telefon anda boleh muat turun APP (Android & iOS) ataupun boleh lihat gambar-gambar melalui pelayan web.

image is not available

Dapatkan Synology untuk solusi semua dalam satu data anda

Synology ada ratusan produk NAS untuk dipilih. Jadi, mereka telah sediakan satu laman khas untuk bantu anda membuat pilihan.

Synology NAS Selector akan tanyakan jenis pengguna, sama ada untuk rumah, pejabat kecil, ataupun perniagaan. Kemudian, ia turut bertanyakan jenis kegunaan NAS yang anda inginkan seperti menyimpan fail kerja, multimedia, menyalin data ataupun lakukan kerja pemvirtualan.

Anda boleh berkunjung ke kedai dalam talian Synology di Lazada dan Shopee untuk pembelian yang lebih pantas.

Ini cara untuk dapatkan Synology NAS secara percuma

Tapi tunggu dulu, anda mungkin boleh dapat satu set solusi Synology NAS secara percuma menerusi kempen Synology Photo Backup. Kempen ini berjalan sehingga 20 Jun 2022.

Nak sertainya mudah sahaja, cuma isi borang kaji selidik Synology di pautan ini. Synology menerima penyertaan berbahasa Melayu mahupun Inggeris.

Kalau anda bertuah, anda bakal menjadi pemilik kepada NAS DS420+ yang bernilai hampir RM2,500.