Kru kapal layar masih gagal ditemui

12 May 2022 • 10:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ALOR SETAR - Operasi pencarian kru sebuah kapal layar dikhuatiri terjatuh ke dalam laut di perairan Kuah yang memasuki hari kedua ditangguhkan pada jam 7 malam pada Khamis selepas mangsa gagal ditemui.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, seramai sembilan pegawai dan 57 anggota dari lima agensi membabitkan PDRM, Bomba, TLDM, APMM dan APM terlibat dalam operasi tersebut.

Menurutnya, tujuh buah bot turut digunakan untuk mencari mangsa, Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 23 yang hilang sejak petang Rabu.

"Pencarian masih tidak menemui mangsa. Operasi ditangguhkan pada jam 7 petang dan disambung semula esok (Jumaat) pada jam 8 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan seorang kru sebuah kapal layar dikhuatiri terjatuh ke dalam laut di perairan Kuah, Langkawi.

Mangsa dipercayai lewat hadir bekerja dan kapal layar yang patut dinaiki berlepas pada jam 4.30 petang.

Menurutnya, hasil siasatan awal ke atas rakan sekerja mangsa, Ahmad Nur Hassanuddin cuba mengejar kapal layar tersebut dengan menggunakan sebuah bot kecil yang dikemudi sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved