Verstappen Juara GP Miami

9 May 2022 • 7:49 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Verstappen menjulang trofi juara GP Miami. - Gambar AFP

MIAMI - Juara Dunia Max Verstappen berjaya menghalang cabaran lewat daripada pendahulu kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini Charles Leclerc dalam keadaan panas terik untuk menjurai GP Miami.

Dalam perlumbaan yang memenatkan untuk para pelumba dan pasukan di Autodrome Antarabangsa Miami, Pelumba dari Belanda itu mempersembahkan pemanduan yang matang untuk melintasi garisan penamat di tempat pertama.

Kemenangan keduanya berturut-turut membolehkannya memotong kelebihan Leclerc kepada 19 mata dalam kejuaraan pemandu.

Leclerc mendahului kejuaraan dengan 104 mata dan Verstappen di tangga kedua dengan 85.

Ini adalah kemenangan ke-23 dalam karier pemandu Red Bull yang berusia 24 tahun itu.

Pemandu Ferrari Carlos Sainz melengkapkan podium.

“Ini perlumbaan yang menakjubkan, ia amat mencabar secara fizikal, tetapi kami berjaya memberi persembahan yang mengujakan.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan hari ini di Miami,” kata Verstappen. - AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved