Sylvilina Bily juara Sugandoi Kaamatan Ranau

13 May 2022 • 5:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SYLVILINA Bily yang menyanyikan lagu Nosindualan dan Lamazo Tadau Kaamatan dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian Sugandoi Peringkat Daerah 2022 yang diadakan sempena Pesta Kaamatan tahun ini di Dewan Masyarakat Ranau pada Rabu.

Dengan kemenangan itu, Sylvilina membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala, hadiah iringan, sijil dan peluang bergelar juara pada pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam acara itu, Fino Eltiko Juanis yang menyanyikan lagu Kakal Poinggirot oleh Gedion Hillarius dan Bulangou oleh Jestie Alexius, muncul sebagai naib juara, di mana dia menerima hadiah wang tunai RM750, trofi, hadiah iringan dan sijil.