
Terkini aplikasi jam dari Samsung, iaitu Samsung Clock telah dikemaskini dengan sokongan menggunakan Spotify untuk menetapkan penggera. Ini bukan sesuatu yang baru untuk Android, kerana aplikasi Google Clock pada tahun 2018 sudah boleh menggunakan Spotify untuk menetapkan penggera. Aplikasi Google Clock ini juga bebas dimuat turun untuk mana-mana peranti Android. Cuma, Samsung baru sahaja ingin integrasi fungsi ini kepada aplikasi mereka yang tersendiri.
Jika anda rasakan audio penggera yang diberikan adalah terhad dan membosankan, ini adalah peluang anda sekiranya mahu bangkit dari tidur dengan lagu kegemaran.
Walau bagaimanapun, ia terhad untuk pengguna Samsung Galaxy S20 dengan One UI 2.1 pada peranti. Ia mungkin akan diedarkan kepada pengguna Samsung lain sekiranya, One UI 2.1 sudah sedia diedarkan.
