Sejak seminggu lalu Netflix, Disney+ dan Apple TV+ mula menurunkan kualiti video yang boleh distrim oleh pengguna mereka di Eropah bagi mengurangkan beban ke atas infrastruktur internet sepanjang tempoh berkurung. Kualiti video yang boleh distrim di benua Eropah kini dilaporkan hanya sekadar SD sahaja. Selepas Eropah, India pula mungkin akan menyusul dalam masa terdekat.

India mula mengenakan perintah berkurung sehingga 31 Mac ini di beberapa daerah yang melibatkan ratusan juta penduduk. Dengan jumlah penduduk yang ramai berkurung di rumah, penggunaan data untuk menstrim kandungan video pasti meningkat secara mendadak.

