“A New Chapter, Bismillah..” – Kongsi Foto Lelaki Berkopiah, Nora Danish Kini Bercinta Dengan Lelaki Bukan Artis?

EntertainmentLifestyle
1 Sep 2025 • 11:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan mStar, selepas setahun bergelar seorang ibu tunggal, pelakon jelita, Nora Danish dikhabarkan akan memulakan satu kehidupan baru tidak lama lagi.

Ini teman lelaki baru Nora Danish?

Berita tersebut menjadi perhatian ramai selepas Nora berkongsikan beberapa foto sepanjang bulan Ogos dan terselit satu gambar memaparkan wajah lelaki berkopiah serta bercermin mata.

Satu bab baharu, Bismillah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نورا دانيش (@noradanish)

Dalam pada itu, pelakon tersebut juga berkongsikan perjalanan lelaki terbabit yang dipercayai sedang mengerjakan ibadah umrah.

Biarpun begitu, Nora tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai perkara tersebut atau mendedahkan identiti lelaki ‘misteri’ itu.

image is not available

image is not available

Netizen syak Nora bercinta dengan lelaki bukan selebriti

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan merasakan aktres tersebut sedang menjalinkan hubungan dengan lelaki yang dipercayai bukan selebriti itu.

image is not available

Sekadar info, Nora Danish pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017, namun bercerai pada Jun tahun lalu.

image is not available 2025-08-28 15:53:57

"Tersipu-Sipu Je, Tak Over Macam.." - Kesopanan Nora Danish Dipuji, Pandai Jaga Halal 'Gap'