“A new chapter..”- Peminat teruja, Nora Danish kongsi foto lelaki misteri berkopiah

EntertainmentLifestyle
1 Sep 2025 • 2:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perkongsian aktres jelita, Nora Danish di platform Instagram semalam telah mencuri perhatian ramai.

Ungkapan “A new chapter” atau “bab baharu” yang dikongsi Nora Danish di Instagram (IG), semalam, pantas menarik perhatian netizen.

Apatah lagi, foto menampakkan sebahagian wajah lelaki berkopiah dan berkaca mata yang menjadi antara gambar dikongsi, menambah keterujaan peminat terhadap apa sebenarnya mesej yang cuba disampaikan aktres jelita itu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Nora Danish kongsi foto lelaki misteri

Pada hantaran tersebut, Nora memuat naik beberapa foto di mana salah satunya adalah tangkap layar lagu penyanyi Indonesia, Sal Priadi yang berjudul Kita Usahakan Rumah Itu.

Semakan juga mendapati, bukan sahaja peminat, malah rakan artis antaranya Elfira Loy tidak ketinggalan meninggalkan komen.

image is not available

Rata-rata peminat tidak sabar menanti kemungkinan Nora akan membuat kenyataan atau berkongsi khabar gembira susulan daripada hantaran itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, pelakon drama bersiri popular, Puteri ini pernah berkongsi beberapa foto lelaki sepanjang bulan Ogos dan terselit satu gambar memaparkan wajah individu berkopiah serta bercermin mata.

Sekadar info, Nora dan bekas suami, Nedim Mohamad Nazri, 42, bercerai pada Jun 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 7.

Terdahulu, Nora berkahwin dengan Rizal Ashram atau Jejai pada 2006 dan bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Putra Rayqal, 16.

Sumber: IG Nora Danish