AADK Cadang Ujian Urin Juruterbang, Kru Penerbangan Sebulan Sekali - KP

10 Sep 2026 • 3:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

AADK Cadang Ujian Urin Juruterbang, Kru Penerbangan Sebulan Sekali - KP

BACHOK, 10 Sept (Bernama) -- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mencadangkan ujian urin secara rambang terhadap juruterbang dan kru penerbangan dilaksanakan sekurang-kurangnya sebulan sekali, sebagai langkah memperkukuh usaha pencegahan penyalahgunaan dadah dalam sektor penerbangan.

Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh berkata cadangan itu akan dibincangkan menerusi kerjasama lebih erat antara AADK dan Malaysia Aviation Group (MAG), termasuk melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dijangka ditandatangan bulan depan.

“Kerjasama kita dah buat sebelum ini tetapi berkala. Mungkin untuk kali ini kita kerapkan sedikit dan cadangannya sebulan sekali kita boleh buat secara rambang.

“Kalau ada keperluan, kita boleh juga untuk kes-kes tertentu pendekkan lagi tempoh,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mengadakan lawatan strategik, ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok hari ini.

Ruslin berkata ketika ini pihak MAG mempunyai hospital dan klinik panel serta doktor terlatih untuk menjalankan ujian urin, namun AADK melihat keperluan melaksanakan ujian secara rambang sebagai langkah tambahan.

Beliau berkata cadangan itu bukan sahaja melibatkan juruterbang, malah turut merangkumi kru penerbangan.

“Antaranya adalah untuk memberikan ruang kepada kedua-dua pihak iaitu MAG dan AADK, bekerjasama dalam program-program pencegahan dan juga ujian urin,” katanya.

Mengenai saringan yang sedang dijalankan terhadap juruterbang, Ruslin berkata ia dijangka selesai pada 15 Sept ini dan setakat laporan yang diterima pihaknya, kesemua juruterbang yang telah menjalani ujian berkenaan didapati negatif.

Beliau berkata lebih 1,000 juruterbang terlibat dalam saringan berkenaan

Dalam pada itu, Ruslin berkata kedua-dua pihak kini sedang memuktamadkan draf MoU berkenaan dan berharap ia dapat ditandatangan pada Oktober depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved