“Abah Tak Kisah Kerja Apa," Anak Kongsi Pengorbanan Bapa Tapi Pengakhiran Cerita Buat Ramai Sebak

LocalFamily & Parenting
7 May 2026 • 7:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Abah Tak Kisah Kerja Apa," Anak Kongsi Pengorbanan Bapa Tapi Pengakhiran Cerita Buat Ramai Sebak

“Abah Tak Kisah Kerja Apa," Anak Kongsi Pengorbanan Bapa Tapi Pengakhiran Cerita Buat Ramai Sebak

Pengorbanan seorang bapa dalam membesarkan anak-anak sememangnya sukar untuk dibandingkan dengan apa sahaja.

Demi memastikan keluarga dapat hidup dengan selesa, ada yang sanggup mengetepikan penat lelah.

Apa yang penting bagi mereka hanyalah memastikan anak-anak sentiasa cukup makan dan dapat meneruskan kehidupan dengan baik.

"Tak kisah kerja apa, janji anak-anak ada duit makan"

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di media sosial mengenai pengorbanan seorang bapa yang sanggup melakukan pelbagai pekerjaan demi memastikan anak-anaknya dapat meneruskan kehidupan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @amiruladam970 di TikTok, dia memuat naik beberapa gambar bapanya yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas berhenti daripada pekerjaan lamanya di sebuah kilang.

Menurut anaknya itu, bapanya pernah berkata bahawa dia tidak kisah bekerja dalam apa jua bidang asalkan anak-anaknya tidak berlapar dan mempunyai duit untuk makan.

"Abah tak kisah kerja apa, janji anak-anak abah ada duit makan," ujar bapanya.

Image from: “Abah Tak Kisah Kerja Apa," Anak Kongsi Pengorbanan Bapa Tapi Pengakhiran Cerita Buat Ramai Sebak
Kredit: @amiruladam970 via TikTok

Dalam perkongsian yang sama, dia turut menceritakan bagaimana bapanya gemar memuat naik gambar dan video kepada keluarganya.

Selepas melalui pelbagai fasa kehidupan bersama bapanya, dia akhirnya menyedari setiap gambar dan video yang dikongsikan itu sebenarnya mempunyai nilai yang sangat besar.

Malah, dia turut menasihatkan orang ramai agar menghargai bapa yang gemar berkongsi gambar atau video kerana suatu hari nanti perkara kecil itulah yang akan paling dirindui.

Pelbagai kerja dilakukan demi keluarga

Selain itu, @amiruladam970 turut berkongsi bahawa bapanya pernah bekerja dalam pelbagai bidang termasuk sebagai penyelia kilang, cef, penghantar barang J&T serta pembantu logistik yang perlu mengangkat barangan berat dengan bayaran gaji harian.

Walaupun penat bekerja, bapanya tidak pernah mengeluh dan sentiasa memastikan dirinya ada masa bersama anak-anak.

Setiap kali anaknya pulang daripada sekolah, perkara pertama yang akan ditanya oleh bapanya ialah sama ada dia mempunyai duit untuk makan atau sebaliknya.

Image from: “Abah Tak Kisah Kerja Apa," Anak Kongsi Pengorbanan Bapa Tapi Pengakhiran Cerita Buat Ramai Sebak
Kredit: @amiruladam970 via TikTok

Disebabkan pengalaman sebagai penyelia kilang selama bertahun-tahun, bapanya kemudian diberikan peluang bekerja dalam bidang oil and gas.

Menurut lelaki itu lagi, umur bukan penghalang buat bapanya untuk terus bekerja keras demi keluarga.

Semua gambar yang dikongsikan bapanya juga menjadi pembakar semangat untuk dirinya terus berusaha dalam kehidupan.

"Gambar-gambar ni menjadi pembakar semangat aku untuk kerja lebih keras demi keluarga aku," tulis anaknya.

Image from: “Abah Tak Kisah Kerja Apa," Anak Kongsi Pengorbanan Bapa Tapi Pengakhiran Cerita Buat Ramai Sebak
Kredit: @amiruladam970 via TikTok

Selepas itu, bapanya mengambil keputusan untuk membuka kedai emas. Namun begitu, dia diuji dengan kes penipuan emas palsu daripada pelanggan.

Tanpa disangka, pekerjaan itu menjadi bidang terakhir yang diceburinya.

Disahkan hidap kanser tahap empat

Tidak lama kemudian, @amiruladam970 berkongsi yang bapanya mula mengalami masalah kesihatan seperti kerap sesak nafas dan mengalami bengkak pada kaki serta tangan.

Pemeriksaan doktor kemudian mengesahkan bahawa buah pinggang bapanya sudah berada pada tahap empat sehingga perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.

Walaupun berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot, bapanya tetap menunjukkan semangat yang kuat dan tidak pernah memperlihatkan kesedihan di hadapan keluarga.

"Walaupun macam ni, abah tetap kuat semangat tak tunjuk dia sedih walau dia dah tak macam dulu lagi."

Menurutnya, pada hari pertama menjalani dialisis sekalipun, bapanya masih sempat berswafoto seperti biasa.

Image from: “Abah Tak Kisah Kerja Apa," Anak Kongsi Pengorbanan Bapa Tapi Pengakhiran Cerita Buat Ramai Sebak
Kredit: @amiruladam970 via TikTok

Beberapa bulan selepas itu, keadaan bapanya menjadi semakin serius. Selepas itu, doktor mengesahkan bapanya menghidap kanser tahap empat.

Namun, disebabkan keadaan buah pinggang dan jantung yang lemah, dia tidak dapat menjalani sebarang pembedahan.

Sebaliknya, bapanya hanya mampu bergantung kepada ubat bagi mengurangkan kesakitan dalaman.

Baca juga:

View Original Article