38 Tahun Depan Mata, Ibu Bapa Sebak Pertama Kali Berpisah Dengan Anak OKU Demi Haji

LocalFamily & Parenting
1 May 2026 • 11:34 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

38 Tahun Depan Mata, Ibu Bapa Sebak Pertama Kali Berpisah Dengan Anak OKU Demi Haji

38 Tahun Depan Mata, Ibu Bapa Sebak Pertama Kali Berpisah Dengan Anak OKU Demi Haji

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah yang dapat menggambarkan kasih dan pengorbanan ibu ayah yang tiada galang gantinya.

Bagi mereka, anak merupakan rezeki tidak ternilai dan amanah yang diberikan oleh Allah SWT dalam mencorakkan mereka.

Begitupun, mahu mendidik anak bukannya satu tugas yang mudah.

Lebih-lebih lagi buat mereka yang dikurniakan anak istimewa.

38 Tahun Tak Pernah 'Berenggang'

Image from: 38 Tahun Depan Mata, Ibu Bapa Sebak Pertama Kali Berpisah Dengan Anak OKU Demi Haji

Itulah momen menyentuh hati apabila ibu dan bapa berat hati untuk meninggalkan anak istimewa mereka untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Lebih-lebih lagi, difahamkan mereka tidak pernah berenggang selama hampir 4 dekad.

Momen itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @zizie_nad8990, memaparkan kedua-dua ibu bapa itu sebak, memeluk erat anak istimewa mereka di atas kerusi roda.

Image from: 38 Tahun Depan Mata, Ibu Bapa Sebak Pertama Kali Berpisah Dengan Anak OKU Demi Haji

"Hati ibu bapa mana yang tak berat meninggalkan anak yang berstatus OKU (autism severe), 38 tahun x pernah berpisah dan kali ini demi seruan Ilahi, terpaksa juga tinggalkan..

Baca juga:

"Ya Rabb perkenankan dan angkatlah doa kedua orang tuaku di sana nanti.. aku yakin tidak kering mulut mereka mendoakan untuk anaknya ini" tulisnya.

"Dimata mereka dia selamanya baby.." Netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bercucuran air mata melihat momen berkenaan.

"Ya Allah bapa tu yang paling sayang sangat kat anak dia sedih pulak aku," komen seorang lagi.

"38 tahun , namun di mata ibu bapa yang punya anak istimewa mereka selamanya baby .. semoga dpermudahkan urusan tuan dan puan," komen seorang lagi