'Abahnya berat mulut...' Abby Abadi luang masa bersama 3 anak tiri, dedah kasih sayang suami tersimpan dalam doa

Family & Parenting
27 Sep 2026 • 7:39 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Abahnya berat mulut...' Abby Abadi luang masa bersama 3 anak tiri, dedah kasih sayang suami tersimpan dalam doa

PELAKON dan penyanyi Abby Abadi meluangkan masa bersama tiga anak tirinya di Terengganu, sekali gus mencipta momen istimewa yang cukup bermakna buat keluarga mereka.

 Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 49, meluahkan rasa syukur dapat berkumpul bersama anak-anak dalam suasana yang jarang dapat mereka nikmati kerana masing-masing kini mempunyai komitmen sendiri.

Image from: 'Abahnya berat mulut...' Abby Abadi luang masa bersama 3 anak tiri, dedah kasih sayang suami tersimpan dalam doa

Ujar Abby, suaminya, Muhammad Faizal Zakaria mungkin tidak selalu pandai meluahkan perasaan, namun kasih sayang terhadap anak-anak tetap tersimpan dalam setiap doa.

"Terengganu with love. Bersama anak-anak abah. Walaupun sesekali saja kita dapat berkumpul lengkap begini, setiap saat bersama kalian adalah antara waktu yang paling berharga buat abah dan mama, kan abah kan? Hehe.

Image from: 'Abahnya berat mulut...' Abby Abadi luang masa bersama 3 anak tiri, dedah kasih sayang suami tersimpan dalam doa

"Abahnya berat mulut, mungkin tak selalu pandai meluahkan rasa, tapi ketahuilah dalam setiap doa abah, sentiasa ada nama anak-anak abah. Jadi ingat abah dalam doa kalian. Tapi jangan lupa sebut nama mama sekali ok.

"Membesarlah menjadi anak-anak yang baik, saling menjaga antara satu sama lain, jangan pernah putus kasih walau suatu hari nanti masing-masing sudah punya kehidupan sendiri," titipnya.

Image from: 'Abahnya berat mulut...' Abby Abadi luang masa bersama 3 anak tiri, dedah kasih sayang suami tersimpan dalam doa

Dalam pada itu, Abby turut berkongsi perkembangan tiga anak tirinya yang kini masing-masing mempunyai perjalanan tersendiri dalam kehidupan.

"Bawa bercuti ke Terengganu ke? Oh tidak. Kakak, adik memang duduk di Kuala Terengganu. Kakak Fatiha sudah habis degree dan sudah bekerja manakala adik Aqasha ada setahun lagi untuk selesaikan pengajian peringkat degree. Masih gigih berjuang lagi tu hehe.

"Edry pula sudah habis belajar dan sekarang ikut abah bekerja.

"Antara sebab mama, abah sesekali naik Kuala Terengganu sebelum ini sebba jumpa anak-anaklah. Hidup penuh tanggungjawab, kan.

"Doakan yang baik-baik untuk anak-anak kita semua ya. Jauh lagi perjalanan mereka. Dalam apa saja yang mereka lakukan, semoga sentiasa dalam reda dan kasih sayang ALLAH SWT," titip Abby.

Perkongsian tersebut turut mengundang doa dan kata-kata positif daripada warganet yang berharap hubungan kekeluargaan mereka terus erat serta dipenuhi kebahagiaan.

Untuk rekod, Abby mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faizal pada 14 Ogos 2015.

Sumber: Instagram

https://dai.ly/xb59lz6

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved