“Ex Wife Pun Tak Meminta” – El Azman Dedah Beri Nafkah Tak Berkira, Pernah Hulur Hingga RM100K Buat Belanja

24 Sep 2026 • 3:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh dan usahawan, El Azman, mengakui perceraian membuatkan dirinya berasa lelah, terutama apabila kerinduan terhadap anak-anak datang selepas tidak lagi tinggal bersama seperti dahulu.

Menurut El Azman, perasaan rindu itu bukan sesuatu yang mudah apabila sudah terbiasa meluangkan masa bersama anak-anak setiap hari.

Advertisement

Namun begitu, dia bersyukur kerana hubungannya dengan bekas isteri, Nur Amira, kekal baik terutama dalam urusan menjaga dan membahagiakan anak mereka.

el azman

“Bercerai ni penat. Lagi-lagi bila kita jenis selalu rindukan anak. Rindu nak peluk, rindu bau anak, rindu benda kecil yang dulu kita rasa biasa.

“Alhamdulillah, saya dengan ex tak berkira bila bab anak. Nak ambil anak, nak bawa holiday, nak guna RM10K ke RM50K ke… ada sampai RM100K bagi saya tak apa.

“Asalkan anak dijaga dengan baik dan bahagia,” kongsi El Azman menerusi hantaran di Threads.

Syukur Rezeki Bisnes Bertambah Selepas Bercerai

Biarpun mengakui penat mencari rezeki untuk keluarga, El Azman bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang lebih dalam perniagaan selepas perceraian.

Malah, dia turut memuji bekas isterinya yang disifatkan sebagai seorang wanita yang mampu mencari pendapatan sendiri dan bukan jenis yang suka meminta.

“Cuma walid dia penat sikitlah cari duit. Hahaha. Lepas bercerai, Allah bagi rezeki lebih dalam bisnes. Ex pun pandai cari duit dan bukan jenis meminta.

“Sekarang dia dah berkahwin dengan orang bisnes juga, dan Alhamdulillah kami boleh berkawan dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, El Azman berkata pengalaman selepas perceraian mengajarnya untuk lebih mempertahankan serta mengutamakan kebahagiaan anak-anak dalam setiap perkara.

Baginya, hubungan suami isteri mungkin berakhir, namun ibu bapa masih mempunyai tanggungjawab untuk memastikan anak-anak tidak menjadi mangsa konflik selepas perceraian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

chirsty ng2026-09-24 13:46:24

Beg Christy Ng Jadi ‘Mangsa’ Power Bank Meletup, Wanita Ini Buat Pilihan Tak Disangka!

The post “Ex Wife Pun Tak Meminta” – El Azman Dedah Beri Nafkah Tak Berkira, Pernah Hulur Hingga RM100K Buat Belanja first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved