“Kalau masih hidup pun tak sudi…” – Abby Abadi Perjelas Kenyataan ‘Mama Meninggal Jangan Datang’

Family & ParentingLifestyle
25 Sep 2026 • 12:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

abby abadi luahan anak

Pelakon dan usahawan Abby Abadi akhirnya tampil menjelaskan maksud sebenar luahan yang mencetuskan perhatian ramai apabila dia memberi pesanan supaya tidak hadir ke majlis pengebumiannya sekiranya dia meninggal dunia.

Pesanan itu ditulis menerusi ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Maria Danisha Hakim yang ke-18.

“Itu kenyataan, bukan doa”

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, kenyataan itu bukanlah niat untuk mendoakan perkara buruk kepada anaknya, sebaliknya luahan hati yang sudah lama dipendam.

“Saya beri ucapan hari lahir kepada dia pada peranggan pertama, yang peranggan lain-lain saya bercakap tentang isu lain. Bila orang kata saya mendoakan yang tidak baik, itu tidak benar.

“Saya tulis ‘jangan datang’, itu adalah kenyataan bukan satu doa. Kenyataan itu adalah apa yang terbuku di hati saya,” katanya dalam satu temu bual bersama Melodi.

Abby turut menafikan dakwaan kononnya dia sengaja mencari gaduh atau berasa dengki dengan sambutan majlis hari jadi itu kerana dia sendiri tidak mengetahui mengenai majlis tersebut selepas tidak lagi mengikuti media sosial anak-anaknya.

Jelasnya lagi, mesej berkenaan sebenarnya bukan ditujukan kepada Danisha sahaja tetapi kepada anak-anaknya yang lain.

“Kalau saya masih hidup pun tak sudi nak bersama mama, jadi masa meninggal pun jangan datang lah,” katanya.

Screenshot 2026 09 25 114757

Artikel berkaitan: Majlis Hari Jadi Anak Bongsu Meriah, Tapi Netizen Tanya Mana Abby Abadi?

Artikel berkaitan: “Ibu je ke yang kena jaga?” – Abby Abadi Bagi Respon Lepas Dilabel Tak Jaga Hati Anak

Abby nafi masih belum ‘move on’

Mengulas dakwaan netizen bahawa dia masih belum melupakan bekas suami, Norman Hakim, Abby menegaskan perkara itu langsung tidak benar.

Jelas Abby, apa yang diluahkannya hanyalah berkaitan hubungan kekeluargaan memandangkan Maria Danisha merupakan anak mereka berdua.

“Saya tak move on dengan Norman Hakim? Kalau ada kata begitu maksudnya saya masih mahukan Norman, sedangkan itu tidak berlaku.

“Apa yang saya luahkan bukan berniat mahu memperbesarkan keadaan, perkara itu berkait dengan Norman sebab itu adalah anak dia,” ujarnya.

Sumber: YouTube

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved