Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila menerima hadiah seutas gelang emas daripada anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, baru-baru ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata dia terharu dengan pemberian tersebut dan menganggap dirinya kini berada dalam fasa menikmati rezeki hasil kerja keras anak-anak.
AdvertisementView this post on Instagram
“Terima kasih adik. Tangan adik sudah penuh sebab memang magnet rezeki. Rezekinya selalu murah dan kali ini dia pula buat perkara yang sama kepada saya, terima kasih sayang.”
“Muda-muda lagi adik dah lalui pelbagai pengalaman yang mematangkan diri. Belajarlah daripada pengalaman. Tentang api dalam sekam itu, jangan mudah percaya lagi ya,” katanya dalam satu hantaran Instagram.
Menurut Abby, memberi hadiah emas kepada anak-anak perempuan bukanlah perkara baharu kerana dia sendiri sudah melakukannya sejak mereka kecil.
Jelasnya, perkongsian itu dibuat bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya bagi menepis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa hubungan mereka kembali baik hanya kerana hadiah emas.
“Saja nak kongsi, memang sejak kecil saya suka belikan gelang dan rantai emas untuk anak-anak perempuan, semua merasa kecuali anak lelaki.”
“Saya tulis perkara ini sebab ada yang buat cerita kononnya berbaik hanya sebab dapat emas, tidak begitu dan jangan buat cerita sesuka hati termasuk kata saya berdrama dan burukkan anak.”
Dalam masa sama, Abby turut menegaskan bahawa luahan yang dibuat sebelum ini ditujukan kepada individu yang menyebabkan dia berdepan pelbagai ujian seorang diri.
Sebelum ini, Abby pernah menafikan dakwaan kononnya dia berselisih faham dengan Marissa dan menjelaskan luahan yang dimuat naik bukan ditujukan kepada anak perempuannya itu.
Terdahulu, hubungan Abby dan Marissa menjadi perhatian selepas pelakon tersebut tidak hadir ke majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak keduanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Mana Ada Gaduh Dengan Marissa Tapi Tuju Dekat..." - Abby Abadi Nafi Bermasam Muka, Dah Keluar Makan Bersama
The post Abby Abadi Nafi Berbaik Dengan Marissa Sebab Hadiah Gelang Emas Saiz Besar – “Jangan Kata Saya Buat Drama, Burukkan Anak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






