“Mana Ada Gaduh Dengan Marissa Tapi Tuju Dekat…” – Abby Abadi Nafi Bermasam Muka, Dah Keluar Makan Bersama

LocalEntertainment
9 Jul 2026 • 10:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kemelut yang didakwa berlaku antara pelakon dan penyanyi Abby Abadi dengan anaknya, Marissa Dania Hakim, dilihat semakin reda apabila kedua-duanya keluar makan bersama di sebuah restoran pada Rabu.

Momen tersebut dikongsikan oleh rakan Abby, Farah Idayu menerusi Instagram Story.

Advertisement

marissa dania Image from: “Mana Ada Gaduh Dengan Marissa Tapi Tuju Dekat…” – Abby Abadi Nafi Bermasam Muka, Dah Keluar Makan Bersama

Menerusi perkongsian itu, Abby dan Marissa dilihat duduk bersebelahan sambil merakam video hidangan yang dinikmati mereka di restoran berkenaan.

Turut kelihatan ialah penyanyi dan pelakon Azza Elite yang turut bersama dalam pertemuan tersebut.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan gembira melihat hubungan ibu dan anak itu kembali mesra.

Kahwin

Bagaimanapun, Abby tampil menjelaskan bahawa sebenarnya tiada pergaduhan berlaku antara dirinya dan Marissa.

“Saya tak gaduh pun dengan anak saya.

“Saya tuju (hantaran) haritu untuk mereka, bukan untuk Marissa. Kalau baca betul-betul mesti faham,” ujarnya membalas ciapan seorang warganet.

Terdahulu, hubungan Abby dan Marissa menjadi perhatian ramai selepas kedua-duanya berkongsi beberapa luahan berkaitan kemelut keluarga menerusi media sosial sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby abadi norman2026-07-08 16:01:56

"Dah Malas, Saya Tidak Akan Halalkan" - Abby Abadi

The post “Mana Ada Gaduh Dengan Marissa Tapi Tuju Dekat…” – Abby Abadi Nafi Bermasam Muka, Dah Keluar Makan Bersama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved