Abby Abadi sindir menantu? – “Dah berangkut dah, malulah hidup atas duit perempuan”

9 Sep 2025 • 1:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya di media sosial.

Abby Abadi sindir menantu?

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, Abby atau nama sebenarnya nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, memaklumkan berasa malu melihat lelaki yang hanya tahu menumpang kekayaan kaum wanita dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Alhamdulillah dah berangkut dah. Malulah hidup atas duit perempuan, jalan terus jangan belok-belok,” ciapan Abby di Threads, semalam.

Bagaimanapun, perkongsian itu didakwa ditujukan khas buat rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania, bersama Aslam yang dipercayai sedang bergolak.

Dalam pada itu, Abby juga berpesan supaya tidak menyusahkan orang lain dan jangan mempermainkan hati seseorang kerana suatu hari nanti pastu tuhan akan membalasnya.

image is not available

“Hidup kalau tak boleh menyenangkan jangan menyusahkan. Jangan mainkan hati dan perasaan orang, dunia ni berputar, ini bukan tentang sampah,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya memuji kesungguhan Abby dalam mencari pelbagai cara menyelamatkan anak perempuannya yang dikatakan tidak bahagia setelah hidup berpoligami.

Malah ada juga warganet meminta agar penyanyi itu memantau anak perempuannya agar tidak menggangu suami orang lain dan berharap Abby dapat berhenti daripada terus memburukkan orang lain.

Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi

image is not available

Mak selalu support anak

image is not available

Moga anak puan tak cari suami orang

image is not available

Sumber: Threads Abby Abadi