
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menjelaskan bahawa dia tidak berminat untuk melibatkan mana-mana individu lain dalam masalah rumah tangga anaknya, Marissa Dania.
Abby, yang juga dikenali sebagai Arbaiyah Abdul Manan, 48, menegaskan bahawa fokus utamanya sekarang adalah untuk membantu anaknya bangkit dari situasi sukar yang sedang dihadapi.

Kata Abby di Threads,
Saya tidak berminat untuk cakap pasal orang lain. Fokus saya hanya pada Marissa Dania untuk keluar dari ‘keadaan’ sekarang.
Abby turut meluahkan kekecewaan apabila anaknya dihina dan dicaci oleh ramai pihak. Namun, dia berharap makian tersebut dapat memberi kekuatan kepada Marissa untuk keluar daripada hubungan yang dianggap toksik.
Abby juga menyatakan bahawa walaupun ada yang meminta beliau untuk berdiam diri, dia memilih untuk tidak mengendahkan amaran tersebut dan tetap bersuara.
Marissa Dania Ambil Tindakan Undang-Undang? - "Bila Dah Sampai Masa, Tiada Siapa Akan Tolong Awak"
The post “Tidak Berminat Cakap Pasal Orang Lain” – Abby Abadi Hanya Mahu Fokus Pada Marissa Dania Keluar Dari ‘Keadaan’ Kini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




