
Kota Kinabalu: Program Jelajah Belia Sarawak 2023@Sabah memberi peluang belia berinteraksi terus dengan pemimpin.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata program tersebut merupakan platform terbaik dalam menghimpunkan belia-belia Sarawak yang melanjutkan pelajaran, bekerja mahupun menetap di Sabah, sekali gus mendengar aspirasi dan pandangan mereka.
“Program ini bukanlah sebuah program politik, melainkan untuk membentuk kepimpinan dalam kalangan belia dan mendengar sendiri aspirasi serta realiti belia-belia di seluruh Sarawak, dan juga di Sabah.
“Setiap belia mempunyai kekuatan dan potensi tersendiri yang boleh dibangunkan melalui pelbagai ruang agar menjadi individu yang berkualiti dan mampu menyumbang kepada masyarakat.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Golongan ini juga menjadi aset penting kepada pembangunan dan menjadi tanggungjawab kita sebagai pemimpin sedia ada untuk membimbing mereka menjadi barisan pelapis baharu bagi meneruskan kecemerlangan yang kita bina pada hari ini,” katanya semasa perasmian program.
Beliau turut memaklumkan akan menghantar rombongan termasuk pemimpin belia ke negara yang mempunyai program pengurusan belia mapan.
“Kita telah mengenal pasti negara Korea dan akan mengadakan perjumpaan bersama agensi ataupun kementerian yang terlibat dalam pengurusan golongan muda.
“Setiap perkara yang dilakukan warga Korea, selalu dilaksanakan dengan kecemerlangan seperti bidang hiburan, drama musikal dan industri automobil.
“Jadi kita akan melihat apakah formula libaturus bersama belia yang digunapakai, yang menjadikan mereka sangat cemerlang,” katanya yang juga Menteri Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak
Sementara itu, dalam sidang media Abdul Karim menyatakan pihaknya menimbangkan pelaksanaan simposium belia yang lebih besar melibatkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan.
Turut hadir dalam program tersebut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Sabah Datuk Dr. Mohd Arifin Arif, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Morshidi Fredrick dan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Abqaree Fawwaz Abekan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
