Abdul Azeez direman kes lain sebelum dituduh dibawah SPRM

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 9:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Abdul Azeez direman kes lain sebelum dituduh dibawah SPRM

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, akan dibawa bagi prosiding reman ke mahkamah lain sebelum beliau menghadapi pertuduhan rasuah hari ini.

Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Datuk Abu Bakar Isa Ramat ketika ditemui hari ini.

Menurut peguam itu, Abdul Azeez, 60, ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada petang semalam sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

“Polis akan memohon perintah reman di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” kata peguam itu.

Difahamkan, Abdul Azeez dibawa oleh pihak polis ke Mahkamah Sesyen untuk prosiding reman melalui laluan dalaman, bagi mengelak daripada pihak media yang telah menunggu ketibaannya sejak pukul 7 pagi.

Hari ini Abdul Azeez akan berdepan dengan pertuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendakwaan terhadap beliau akan dibuat di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pada 27 Ogos lalu, bekas Ahli Parlimen Baling itu telah direman tujuh hari hingga 2 September bagi membantu siasatan susulan pendedahan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi itu. – KOSMO! ONLINE

The post Abdul Azeez direman kes lain sebelum dituduh dibawah SPRM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved