Abdul Hadi lelong tongkat RM16,500 untuk tabung parti

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 12:38 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Abdul Hadi lelong tongkat RM16,500 untuk tabung parti

MELAKA – Tongkat milik Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilelong pada harga RM16,500 pada Majlis Makan Malam Amal Pas Negeri Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Tongkat berkenaan dibida Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang hadir pada majlis itu, selain bidaan turut dibuat menerusi siaran langsung Facebook Pas Negeri Melaka.

Lelongan berkenaan diadakan sebagai salah satu usaha mengumpul sumbangan untuk tabung parti.

Tongkat berkenaan kemudian diserahkan sendiri oleh Abdul Hadi kepada Muhamad Muqharabbin yang baru menyertai Pas pada Jun lalu.

Untuk rekod, Muhamad Muqharabbin yang lebih dikenali sebagai Qobin sebelum ini merupakan bekas Exco Pemuda UMNO yang meninggalkan parti itu pada 2023 sebelum menyertai Bersatu.

Dalam perkembangan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Abdul Hadi berkata persiapan Pas sudah bermula termasuk perbincangan mengenai kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, perbincangan berkenaan sudah dimulakan kira-kira tiga hari lalu di peringkat pimpinan pusat dan akan diteruskan pada peringkat seterusnya.

“Persiapan daripada peringkat parti sudah pun bermula dan berjalan. Perundingan dengan parti yang kita nak kerjasama telah dimulakan. Pilihan raya pula tak tahu bila-bila, tak tahu lagi. Tetapi kita dah bincang untuk kerjasama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan.- KOSMO! ONLINE

The post Abdul Hadi lelong tongkat RM16,500 untuk tabung parti appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved