Abdul Hadi tak sihat, punca tak datang Parlimen

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 8:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Abdul Hadi tak sihat, punca tak datang Parlimen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas disahkan tidak berapa sihat sehingga menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri sesi pembentangan Belanjawan 2027, hari ini.

Isu ketidakhadiran itu disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pihak media.

“Beliau tidak berapa sihat,” jawabnya ringkas ketika ditemui di pekarangan lobi Parlimen, hari ini.

Berdasarkan tinjauan semasa sesi Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua jam, kerusi beliau yang terletak di barisan hadapan blok pembangkang dilihat kosong sepanjang sesi pembentangan berkenaan. – UTUSAN

The post Abdul Hadi tak sihat, punca tak datang Parlimen appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved