Abdul Hadi Ziarah Pusara Tun Hasmah, Imamkan Solat Jenazah

6 Oct 2026 • 2:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Abdul Hadi Ziarah Pusara Tun Hasmah, Imamkan Solat Jenazah

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Putrajaya pada Selasa.

Menerusi perkongsian di Facebook, Abdul Hadi hadir bersama beberapa individu termasuk Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.

Beliau juga turut mengimamkan solat jenazah di pusara itu.

Image from: Abdul Hadi Ziarah Pusara Tun Hasmah, Imamkan Solat Jenazah
Kredit: Facebook Abdul Hadi Awang

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya," katanya menerusi kapsyen di Facebook.

Kehadiran beliau turut disambut oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Image from: Abdul Hadi Ziarah Pusara Tun Hasmah, Imamkan Solat Jenazah
Kredit: Facebook Abdul Hadi Awang

Tun Dr Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia pada 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.

Baca juga:

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah disolatkan di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah sebelum disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved