Zila Bakarin ‘Backup’ Rita Rudaini, Persoal Komen Netizen Kait Kejayaan Rayyan Dengan Bekas Suami – “Hidup Lagi Ke Bapaknye?”

LocalEntertainment
1 Jul 2026 • 11:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kejayaan anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin memecahkan rekod acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Namun, satu komen netizen yang mengaitkan kejayaan Rayyan dengan bapanya, Aidil Zafuan, mengundang reaksi.

Advertisement
View this post on Instagram

“Terbaik lah anak Aidil Zafuan! Memang mewarisi bakat sukan bapak dia.. Padu!!”

Rakan seindustri Rita, pelakon Zila Bakarin turut dilihat meninggalkan komen seolah-olah mempertahankan Rita.

zila bakarin

“Sape bapak dia nih?.. idup lagi ke bapaknye?..”

Respon Zila Bakarin itu kemudiannya mengundang pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang sering mengikuti perkembangan aktres tersebut di media sosial.

Terdahulu, Rita mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat rajin membalas komen serupa dengan menegaskan kejayaan anaknya itu hasil usaha dan pengorbanannya membesarkan Rayyan sejak kecil.

Sekadar info, Pelakon Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 5 September 2013, selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2008. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rita Rudaini2026-07-01 10:11:50

"Hamak Perhatian! Acah Tau Sangat Betin* Si*l Ni!" - Rita Rudaini Berang Nama Aidil Zafuan 'Dipetik' Dalam Kejayaan Anak Sulung

The post Zila Bakarin ‘Backup’ Rita Rudaini, Persoal Komen Netizen Kait Kejayaan Rayyan Dengan Bekas Suami – “Hidup Lagi Ke Bapaknye?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved