Tiada kaitan dengan bapa dia! Aku yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari- Rita Rudaini

LocalEntertainment
1 Jul 2026 • 1:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa tidak puas hati selepas seorang individu di platform Threads mengaitkan bekas suaminya, Aidil Zafuan dengan kejayaan anaknya, Airit Rayyan Rizqin dalam acara olahraga baru-baru ini.

Menurut hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa bahawa bakat larian dan kecemerlangan Airit Rayyan dalam sukan itu diwarisi daripada bapanya yang merupakan bekas pemain bola sepak negara.

Image from: Tiada kaitan dengan bapa dia! Aku yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari- Rita Rudaini

Bagaimanapun, kenyataan itu nyata mengundang kemarahan Rita yang tampil menafikan dakwaan berkenaan dengan menegaskan bahawa segala kejayaan anaknya adalah hasil pengorbanan dan didikannya sejak kecil.

Image from: Tiada kaitan dengan bapa dia! Aku yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari- Rita Rudaini

“Tiada kaitan dengan bapa dia! Yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari itu aku! Jangan hamak perhatian,” luahnya.

Image from: Tiada kaitan dengan bapa dia! Aku yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari- Rita Rudaini

Perkongsian itu pantas mencuri perhatian ramai di media sosial dengan rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut yang didakwa tidak sensitif, selain menasihatkan Rita agar tidak melayan provokasi berkenaan.

Image from: Tiada kaitan dengan bapa dia! Aku yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari- Rita Rudaini Image from: Tiada kaitan dengan bapa dia! Aku yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari- Rita Rudaini Image from: Tiada kaitan dengan bapa dia! Aku yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari- Rita Rudaini Image from: Tiada kaitan dengan bapa dia! Aku yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari- Rita Rudaini

Untuk rekod, Airit Rayyan Rizqin sebelum ini mencuri tumpuan apabila berjaya memecahkan rekod acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.

Mewakili kontinjen Selangor, remaja berusia 17 tahun itu turut cemerlang apabila meraih tempat kedua bagi acara 100 meter dan tempat ketiga dalam acara 200 meter.

Image from: Tiada kaitan dengan bapa dia! Aku yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari- Rita Rudaini

Sekadar info, Rita dan Aidil pernah mendirikan rumah tangga pada 2008 sebelum bercerai pada 2013.

Sumber: Threads Rita Rudaini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved