Kejayaan anak sulung pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin memecahkan rekod acara 110 meter lari berpagar (hurdles) pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 sekali lagi menjadi perhatian ramai.
Bagaimanapun, di sebalik ucapan tahniah yang diterima, satu komen daripada seorang netizen mengundang reaksi Rita apabila mendakwa kejayaan Rayyan adalah hasil bakat yang diwarisi daripada bapanya, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Tidak berdiam diri, Rita tampil membalas komen tersebut dengan nada tegas sambil menegaskan individu yang membesarkan anak-anaknya sejak kecil sehingga berjaya seperti hari ini adalah dirinya.
Tidak terhenti di situ, individu yang sama turut mempersoalkan sama ada nafkah yang diberi bekas suami Rita itu tidak mencukupi selama ini, namun ia tetap dibidas pelakon jelita itu dan disokong netizen yang lain.

Komen balas Rita itu kemudiannya meraih perhatian netizen dan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anak Rita Rudaini Pecah Rekod Lagi, Komen Sinis Pelakon Mengenai Tiada Ucapan Daripada Persatuan Curi Perhatian
The post “Hamak Perhatian! Acah Tau Sangat Betin* Si*l Ni!” – Rita Rudaini Berang Nama Aidil Zafuan ‘Dipetik’ Dalam Kejayaan Anak Sulung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





