Acara Lelongan Barangan Mewah Rozita Che Wan Esok Ditunda

23 Dec 2024 • 10:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Acara lelongan awam barangan milik pelakon sensasi Rozita Che Wan yang sepatutnya diadakan pada esok ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

 

Memetik laporan Kosmo, wakil peguam pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang enggan dikenali memaklumkan tindakan tersebut diambil susulan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan permohonan Rozita selaku defendan menangguhkan proses tersebut.

 

“Assalamualaikum, mahkamah sudah menangguhkan tarikh lelongan awam pada hari esok.

 

“Tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung atas arahan mahkamah.

 

“Tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung atas arahan mahkamah,” katanya.

 

Difahamkan, sepatutnya esok akan berlangsungnya acara lelongan barang milik Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 51, membabitkan 34 barangan bernilai RM902,012.46.

Antara barangan Che Ta yang bakal dilelong adalah sebuah kereta SUV jenama Haval serta beberapa barangan elektronik seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar, gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum dan televisyen.

Bahkan, terdapat juga perabot dan beberapa peralatan lain yang bakal dilelong kepada orang awam.

Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan terbabit dilaporkan diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017, namun didakwa tidak pernah membayar pembiayaan berkenaan.

 

Sumber: Kosmo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved