Acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 cetus kontroversi, penuh drama tanda tanya

29 Jul 2024 • 9:00 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 dilihat sarat dengan momen yang pasti diingati ramai, dari pencahayaan ke atas belon api yang dinyalakan kepada pementasan Celine Dion di atas menara Eiffel. Tetapi dalam banyak-banyak babak persembahan untuk acara gilang gemilang ini terdapat satu persemabahn yang mengundang pelbagai reaksi ramai.

Majlis yang berlangsung selama empat jam sebagai tanda permulaan Sukan Musim Panas itu, dengan barisan atlet menyelusuri sungai Seine menaiki beratus-ratus buah bot serta penghibur melakonkan semula momen bersejarah antarabangsa. Sewaktu babak meja makan yang cukup berkontroversi, drag queens dan penari berbaris di sepanjang meja panjang dalam satu imej yang sesetengah merasakan ia menyamai potret Nabi Isa, lukisan Leonardo da Vinci yang berjudul “The Last Supper” bersama 12 orang rasul.

image is not available
Kredit foto: The Bridge

Melihat pada babak itu, sesetengah menggelar imej yang disampaikan seakan satu ejekan dan penghinaan kepada mereka yang beragama Kristian. Sementara yang lain mendapati yang momen itu satu keraian untuk komuniti LGBTQ+ dan keterangkuman. Pada Julai 28, jurucakap Sukan Olimpik Paris 2024, Anne Descamps meminta maaf “jika ada sesiapa yang terasa dengan gambaran acara itu.”

“Sejujurnya tiada sebarang niat untuk mempamerkan ketidakhormat ke atas mana-mana kumpulan agama. Sebaliknya, saya merasakan (pengarah artistik) Thomas Jolly benar-benar mencuba untuk meraikan toleransi komuniti,” kata Descamps di acara sidang media. “Kami percaya yang cita-cita ini telah tercapai. Jika ada sesiapa yang terasa dengannya, kami benar-benar minta maaf.”

Aktor Perancis Phillipe Katerine, yang secara umumnya tidak memakai pakaian dicat dengan warna biru berkilau untuk mempamerkan Tuhan Greek sewaktu majlis pembukaan, kata surat akhbar Le Parisien yang mana dia “bangga dengan persembahan itu.”

image is not available
Kredit foto: NDTV

“Nudity adalah asas sebenar Sukan ini,” dia memperingati media tersebut, yang mana dalam bahasa Perancis. Dia kemudiannya menambah yang dia “sangat gembira” menjadi sebahagian dari majlis itu.

Sebab kenapa sesetengah mengaitkan satu babak di dalam pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 dengan “The Last Supper”

image is not available
Kredit foto: The Hindu

Dalam satu babak daripada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, persembahan ibarat hidangan makan malam itu mengangkat Katerine yang tampil nude menyanyi di dalam bahasa Perancis, berlatar belakangkan penari dan drag queens yang memberikan pose di sepanjang meja panjang itu.

Kamera dengan gerakan panning menerusi meja panjang tersebut, sebuah kamera pertama menunjukkan seorang individu dimahkotakan dengan mahkota rona silver di hadapan turntable DJ. Shot selepas itu mempamerkan individu selebihnya dari meja itu, dibarisi dengan penghibur yang dengan pose masing-masing.

Meja itu kemudiannya bertukar kepada pentas peragaan, dengan drag queen dan model mengambil tempat berjalan catwalk di atasnya dalam penghormatan kepada kancah fesyen Paris. Akaun X ramis untuk Olympic Games turut berkongsi gambar momen dan merujuk kepada Dionysus, Tuhan pembikinan wain Greek, penuh buah-buahan dan ecstasy.

“Interpretasi akan Tuhan Greek Dionysus membuatkan kami sedar akan keganasan yang tidak masuk akal di antara manusia,” tulis ciapan tweet kapsyen ke atas gambar-gambar tersebut.

Tetapi sesetengah mengaitkan adegan parodi meja panjang tersebut dengan lukisan da Vinci berjudul “The Last Supper” yang mana mendapat kecaman lebih daripada penganut agama Kristian, dikatakan yang disifatkan sebagai penghinaan dan tidak menghormati institusi agama. Bahkan, adegan itu juga dikatakan tidak sensitif terhadap kepercayaan agama dan menjejaskan sifat suci karya seni asal.

Namun, menurut Thomas Jolly selaku pengarah artistik Sukan Olimpik Paris 2024 itu menyatakan di sidang media yang dia tidak berniat untuk menjadi subversif, menghina atau mengecam. Katanya lagi, mereka mahu memasukkan semua orang, semudah itu. Di Perancis katanya, mereka mempunyai kebebasan mencipta, kebebasan berkarya. Mereka beruntung kerana katanya di Perancis mereka hidup dalam negara yang bebas.

“Saya tidak mempunyai sebarang mesej spesifik yang saya mahu sampaikan. Di Perancis, kami adalah republik, kami mempunyai hak untuk mencintai siapa pun yang kami mahu, kami mempunyai hak untuk tidak menganut agama, kami mempunyai banyak hak di Perancis, dan ini adalah apa yang ingin saya sampaikan.”

Muncul di dalam saluran berita Perancis, BFM-TV pada Ahad, Jolly mengesahkan yang “The Last Supper” bukan inspirasinya.

Bukan itu sahaja, beberapa pihak juga mendakwa yang acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 ini sengaja memasukkan unsur LGBT+, persembahan oleh ‘drag queens’ yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak seakan mempromosikan hak golongan itu. Namun, sekali lagi Jolly menafikan sebarang kemasukan itu secara sengaja.

image is not available
Bendera Olimpik kelihatan digantung terbalik. Kredit foto: Olympics

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 juga dilihat terpesong daripada semangat sebenar Sukan Olimpik, yang mana mereka seakan memberikan penekanan elemen ‘Kebudayaan dan Politik’ daripada meraikan atlet dan semangat sukan itu.

Ada juga yang berpendapat yang acara itu menghantar mesej yang bercampur baru dengan beberapa elemen yang meraikan kepelbagaian dan keterangkuman, tetapi pada masa yang sama ada elemen lain yang dilihat memecahbelahkan dan menyinggung perasaan sesetengah pihak.

image is not available
Kredit foto: France 24

Tidak dinafikan yang kreativiti dan inovasi tinggi yang diterapkan di dalam acara pembukaan ini, tetapi ia dilihat seakan tiada elemen Olimpik tradisional seperti perarakan atlet dari pelbagai negara yang mana agak mengecewakan sesetengah penonton yang lebih menggemari format sebegitu. Jelas yang motif penganjur untuk mengadakan upacara pembukaan mengelilingi bandar Paris, tetapi pada masa yang sama acara yang mengambil masa 4 jam itu pada hakikatnya disamakan dengan ‘carca-marba’ atau ‘chaos’.

Acara Sukan Olimpik 2024 Paris sudah pun mula berlangsung sejak 26 Julai dan akan berakhir pada 11 Ogos 2024. Semoga kontinjen atlet Malaysia dapat berlawan dengan tangkasnya dalam merebut pingat serta mengharumkan nama negara.

Sumber: Malayadaily.com & Todays.com

Kredit foto Hero & Featured: Mediate & Axios

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia

The information in this article is accurate as of the date of publication.