
Acara berbasikal Keirin lelaki yang baru sahaja berlangsung tadi menandakan penamat buat sukan Olimpik Paris 2024 kontinjen dari Malaysia. Walaupun pahit untuk ditelan, ternyata nasib tidak menyebelahi Muhammad Shah Firdaus, yang mana dia dihimpit atlet dari Jepun dia saat-saat akhir sehingga terjatuh.
Tidak dinafikan sukan Olimpik Paris 2024 telah membawakan atlet terhebat dari Malaysia untuk menggalas impian menghadiahkan pingat buat Malaysia sepanjang Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung dari 26 Julai hingga hari ini.
Sekalung tahniah buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Lee Zi Jia kerana berjaya membawa pulang kilauan pingat gangsa buat Malaysia dari Sukan Olimpik Paris 2024, keduanya dalam acara Badminton. Biar pun pingat gangsa, kami rakyat Malaysia cukup berbangga!
Tidak lupa juga para atlet lain yang telah berusaha sekerasnya untuk menghadiahkan pingat buat Malaysia.
Pingat Olimpik yang telah dimenangi atlet Malaysia sepanjang Olimpik

Olimpik Barcelona 1992
Razif dan Jalani Sidek dalam kategori badminton beregu —Gangsa
Olimpik Atlanta 1996
Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock dalam kategori badminton beregu — Perak
Rashid Sidek dalam kategori badminton perseorangan (single) badminton — Gangsa
Olimpik Beijing 2008
Lee Chong Wei dalam badminton perseorangan lelaki — Perak
Lee Chong Wei dalam kategori perseorangan lelaki untuk badminton—Perak
Pandelela Rinong dalam platform 10m wanita untuk terjun—Gangsa
Olimpik Rio 2016
Lee Chong Wei dalam kategori perseorangan lelaki untuk badminton—Perak
Goh Wei Shem dan Tan Wee Kiong dalam kategori beregu lelaki untuk badminton—Perak
Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dalam kategori beregu campuran untuk badminton—Perak
Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam platform 10m seirama wanita untuk menyelam—Perak
Azizulhasni Awang dalam kategori keirin lelaki untuk trek berbasikal—Gangsa
Olimpik Tokyo 2020
Azizulhasni Awang dalam kategori keirin lelaki untuk trek berbasikal—Perak
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam kategori beregu lelaki untuk badminton—Gangsa
Top 10 pungutan pingat terkini Sukan Olimpik Paris 2024 


Tahun ini menandakan perjalanan Olimpik Malaysia yang ke-17 sejak kemunculan pertamanya sebagai Malaya pada Sukan Olimpik Musim Panas Melbourne tahun 1956.
Walaupun tahun ini skuad Malaysia yang diwakili 26 atlet kurang dari skuad ke Olimpik Tokyo 2020 iaitu 30 orang, namun boleh dilihat semangatnya tidak sikit pun berkurangan. Seperti yang anda tahu, Malaysia telah merekodkan pingat perak bagi acara berbasikal yang diraih oleh Azizulhasni Awang, sementara sukan badminton pula telah merangkul pingat gangsa oleh Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Kememangan demi kemenangan dicipta, namun Olimpik Rio 2016 boleh dikatan mencatat kemenangan terbaik di mana Malaysia membawa pulang empat buah pingat perak dan sebuah pingat gangsa.
(Foto: Getty Images/ Alex Pantling)
