Acara Tahun Baharu Cina di Putatan 26 Januari

LocalEntertainment
13 Jan 2025 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

PUTATAN: Penduduk tempatan dan orang ramai, termasuk dari daerah berhampiran, dijemput menghadiri acara Tahun Baharu Cina dan Amal yang bakal diadakan di Putatan Mall pada 26 Januari ini.

Pengerusi Penganjur Poh Wing Hiung, berkata acara tahunan ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Tionghwa Putatan dan Putatan Mall bagi meraikan perayaan itu serta memastikan golongan kurang berkemampuan tidak dilupakan.

AdvertisementBeliau berkata, acara bertemakan ‘Mari Kita Bersatu Sebagai Rakyat Sabah’ yang akan bermula pukul 9.30 pagi itu akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Persekutuan, Datuk Ewon Benedick.

“Kami mengalu-alukan semua untuk hadir dan menikmati acara ini bersama kami. Kami menjangkakan kira-kira 1,000 orang akan hadir dalam acara yang turut dianjurkan bersama oleh Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kota Kinabalu ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Lebih 200 penerima yang layak akan menerima bantuan makanan, token bantuan, dan angpau daripada kami. Antara mereka adalah ibu tunggal, warga emas, pesakit kanser, dan pesakit kronik dari kawasan ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita baru-baru ini, Poh berkata beberapa penerima yang akan menyambut Tahun Baru Cina (CNY) tidak lama lagi akan menerima pek beras dan ayam seekor supaya mereka dapat memasaknya untuk makan malam bersama keluarga pada hari istimewa tersebut.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Tambahnya, pihaknya juga ingin memastikan penerima daripada golongan berpendapatan rendah dapat menikmati perayaan CNY dengan hidangan yang baik dan berkhasiat.

“Akan ada persembahan dan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan silap mata, dan demonstrasi kaligrafi Cina.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Terdapat juga persembahan Tarian Singa, dan angpau akan diedarkan kepada orang ramai berdasarkan siapa cepat, dia dapat,” katanya.

Poh berkata tujuan acara ini adalah untuk menghimpunkan masyarakat dari pelbagai lapisan dan meraikan perayaan ini bersama-sama dalam suasana penuh keceriaan.