Acer dedah desktop kompak SFF RTX Spark dengan kuasa AI sehingga 1 petaflop

TechnologyDigital
4 Sep 2026 • 9:02 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Acer dedah desktop kompak SFF RTX Spark dengan kuasa AI sehingga 1 petaflop

Di samping memperkenalkan Predator Atlas 7, Acer turut memperlihatkan reka bentuk desktop kompak baharu yang dikuasakan cip pemproses NVIDIA RTX Spark, dikenali sebagai Acer SFF RTX Spark, semasa acara next@Acer bersempena IFA 2026 di Berlin.

Desktop bersaiz kecil (Small Form Factor) ini direka untuk menawarkan kuasa pemprosesan tinggi dengan fokus utama kepada penggunaan agentic AI secara tempatan. Ia turut menyasarkan pengguna seperti pencipta kandungan, pembangun AI, dan para gamer.

Kuasa pemprosesan AI sehingga 1 Petaflop

Acer SFF RTX Spark menggunakan superchip NVIDIA RTX Spark sebagai teras pemprosesannya. Menurut Acer, desktop ini mampu menghasilkan prestasi AI setinggi 1 petaflop. Bagi menyokong keupayaan tersebut, ia dibekalkan sehingga 6,144 teras GPU Blackwell RTX, 20 teras CPU NVIDIA Grace, serta menyokong RAM berkelajuan tinggi sehingga 128GB.

Gabungan spesifikasi ini membolehkan pelbagai tugasan AI diproses secara terus pada komputer itu sendiri tanpa bergantung penuh kepada perkhidmatan awan (cloud). Acer turut menyatakan bahawa reka bentuk ini menggabungkan kuasa pengkomputeran dan privasi data untuk penggunaan AI di peringkat tempatan.

Selain itu, platform ini turut menyokong rangkaian penuh teknologi NVIDIA RTX, yang direka untuk menyokong tugasan penciptaan kandungan dan gaming berprestasi tinggi. Menerusi reka bentuk SFF yang kompak, Acer ingin menawarkan kuasa pengkomputeran tinggi dalam ruang yang lebih kecil, tanpa memerlukan casis desktop bersaiz besar.

Di bahagian belakang, komputer ini dilihat menawarkan empat port USB-C, satu port HDMI, serta satu sambungan Ethernet di samping terdapat butang kuasa.

Harga dan ketersediaan belum diumumkan

Buat masa ini, Acer sekadar memperlihatkan reka bentuk Acer SFF RTX Spark dan belum mendedahkan maklumat mengenai harga atau tarikh ketersediaannya.

Acer menyatakan bahawa maklumat mengenai ketersediaan peranti RTX Spark akan diumumkan pada tarikh akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved