Acer Predator Atlas 7 diperkenal bersama peranti konsep Project DualPlay Mini

TechnologyGaming
4 Sep 2026 • 7:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Acer Predator Atlas 7 diperkenal bersama peranti konsep Project DualPlay Mini

Acer bukanlah jenama asing dalam segmen konsol gaming mudah alih. Selepas memperkenalkan Predator Atlas 8 di Computex 2026, Acer kini hadir dengan konsol gaming terbaharu, Predator Atlas 7, yang diperkenalkan dalam satu majlis berlangsung di IFA Berlin.

Peranti baharu ini membawa prestasi flagship yang sama seperti model 8″ yang dilancarkan sebelum ini, namun kini dalam bentuk yang lebih kompak dan mudah alih.

Yang menariknya, selain Atlas 7, Acer turut mendedahkan Project DualPlay Mini, sebuah peranti konsep yang menggabungkan fungsi konsol gaming dan laptop mini ke dalam satu peranti.

Predator Atlas 7

Dari segi spesifikasi, Predator Atlas 7 membawakan prestasi flagship seperti Predator Atlas 8, cuma dalam bentuk yang lebih kompak. Ia dikuasakan pemproses sehingga Intel Arc G3 Extreme dengan grafik Intel Arc B390, atau pilihan konfigurasi lebih rendah dengan Intel Arc G3 dan grafik Intel Arc B370. Peranti ini boleh dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 24GB pada kelajuan 7467MT/s, manakala storan dalaman pula mencapai sehingga 1TB menerusi SSD PCIe Gen4 NVMe pada slot M.2 2280.

Untuk paparan, Atlas 7 membawa skrin sentuh 7″ beresolusi FHD 1920 × 1080 dengan nisbah aspek 16:9. Skrin ini menyokong kadar segar semula 120Hz serta Variable Refresh Rate (VRR). Panel ini mempunyai kecerahan sehingga 500 nits dengan liputan warna 100% sRGB dan dilindungi Corning Gorilla Glass Victus dengan permukaan DXC yang direka untuk mengurangkan pantulan cahaya dan meningkatkan ketahanan terhadap calar.

Skrin ini turut menyokong sentuhan multi-touch 10 titik, dengan pelindung skrin kaca tempered turut disertakan dalam kotak.

Bagi mengekalkan prestasi optimum semasa sesi permainan yang panjang, Acer membekalkan sistem penyejukan dwikipas pada Atlas 7. Ia terdiri daripada kipas logam Predator AeroBlade berketebalan hanya 0.1mm dengan 89 bilah yang mampu meningkatkan aliran udara sehingga 10%, digabungkan dengan kipas plastik kedua serta teknologi Vortex Flow yang menyalurkan udara panas keluar dari casis dengan lebih cekap semasa beban berterusan.

Untuk bateri, ia dilengkapi dengan abteri 80Whr atau 60Whr, dengan Acer menyatakan Model dengan bateri 80Wh mempunyai berat di bawah 750g, manakala model 60Wh pula di bawah 700g. Ia menyokong pengecasan 65W, sama ada menerusi USB-C atau port pengecasan khusus menggunakan penyesuai AC.

Dari segi bateri, Atlas 7 ditawarkan dengan pilihan 80Wh atau 60Wh model bateri 80Wh mempunyai berat di bawah 750g, manakala model 60Wh pula di bawah 700g. Peranti ini menyokong pengecasan 65W, sama ada menerusi USB-C atau port pengecasan khusus menggunakan penyesuai AC.

Predator Atlas 7 turut menampilkan reka bentuk pemegang ergonomik, kawasan pegangan yang lebih besar serta tekstur anti-gelincir bagi genggaman yang lebih selesa sepanjang sesi permainan. Joysticknya pula boleh dipilih dalam varian Carbon Film atau TMR (Tunneling Magnetoresistance), yang mana pilihan TMR menawarkan ketepatan yang lebih tinggi dengan ciri anti-drift dan zero dead zones

Ia turut dilengkapi Hall-effect analog triggers yang memberikan kawalan tekanan lebih terperinci, di samping butang makro kiri kanan, D-Pad, butang ABXY, butang Xbox Game Bar, PredatorSense, View dan Menu. Butang kuasa pula turut dilengkapi sensor cap jari terbina dalam untuk log masuk menerusi Windows Hello.

Peranti ini menjalankan Windows 11 Home dan turut disertakan akses kepada Xbox Game Pass, membolehkan pengguna terus menikmati pelbagai permainan PC sebaik sahaja keluar dari kotak.

Turut disertakan ialah dua port Thunderbolt 4, pembaca kad microSD UHS-II untuk perluasan storan, serta jek audio 3.5mm. Sambungan wayarles pula merangkumi Intel Killer Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4. Pengguna juga boleh mengakses aplikasi PredatorSense untuk pemantauan sistem secara langsung, pemilihan mod prestasi serta penyesuaian pencahayaan RGB.

Dari segi audio, Atlas 7 menawarkan menerima sistem dua speaker 2W dengan sokongan DTS Ultra dan Hi-Res Audio. Ia turut dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Acer PurifiedVoice, yang menggunakan pengurangan hingar berasaskan AI untuk membantu menghasilkan komunikasi suara yang lebih jelas ketika bermain.

Project DualPlay Mini

Selain Predator Atlas 7, Acer turut memperlihatkan Project DualPlay Mini, sebuah peranti konsep yang yang tampil dengan skrin berukuran 8″ dengan rekaan “flip-and-swivel” membolehkan skrin diterbalikkan bagi menukar mod antara handheld dan laptop mini.

Terdapat dua mod disediakan untuk gaming. Mod handheld memberikan pengalaman seakan konsol, manakala mod mini-laptop pula dilengkapi papan kekunci fizikal berlampu latar yang dikatakan Acer sesuai untuk permainan first-person shooter. Selain itu, DualPlay Mini juga boleh disambungkan ke paparan luaran bagi keperluan produktiviti.

Ia turut menggunakan sistem penyejukan dua kipas yang sama seperti Atlas 7, iaitu satu kipas logam Predator AeroBlade dan satu kipas plastik. Menariknya, bahagian belakang peranti mempunyai tulisan “Acer 50 since 1976” yang disembunyikan dalam bentuk kod Morse, sempena ulang tahun ke-50 Acer.

Buat masa ini, tiada maklumat spesifikasi rasmi yang diumumkan oleh Acer bagi Project DualPlay Mini, selain peranti ini dilihat menjalankan Windows 11 dan dikuasakan oleh pemproses Intel. Bagaimanapun, ia kekal sebagai peranti konsep sahaja dan belum pasti sama ada ia bakal dipasarkan secara rasmi.

Ketersediaan Predator Atlas 8

Berbalik kepada Predator Atlas 7, ia dijangka tersedia di Amerika Utara mulai suku keempat 2026, manakala di rantau EMEA pula bermula November 2026. Acer bagaimanapun belum mengumumkan harga untuk Predator Atlas 7 mahupun tarikh ketersediaannya di Malaysia. Harga, spesifikasi serta tarikh jualan turut dijangka berbeza mengikut pasaran.

Predator Atlas 8, yang telah dilancarkan sebelum ini di Computex 2026, pula akan mula tersedia di Amerika Utara dan EMEA bermula September 2026. Setakat ini, tiada lagi maklumat ketersediaan di Malaysia yang didedahkan bagi kedua-dua peranti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved