Acer Swift Air 14 Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Dengan Harga Permulaan RM2999

TechnologyDigital
7 Oct 2026 • 12:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada pertengahan tahun ini, Acer telah memperkenalkan komputer riba nipis dan ringan mampu-milik terbaru mereka, iaitu Acer Swift Air 14 sebagai pilihan penawaran komputer riba mampu milik yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis keperluan produktiviti harian di rumah, sekolah dan juga pejabat.

Image from: Acer Swift Air 14 Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Dengan Harga Permulaan RM2999

Acer Swift Air 14 hadir dengan paparan skrin 14 inci dengan resolusi Full HD 1920×1200 dengan nisbah paparan 16:10 yang menjadikannya sesuai sebagai komputer riba produktiviti di rumah dan sekolah kerana ia lebih tinggi berbanding dengan penggunaan paparan 1920×1080 yang lebih lebar. Menariknya, ia juga tampil dengan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman menatal yang lebih selesa untuk mata.

Image from: Acer Swift Air 14 Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Dengan Harga Permulaan RM2999

Ia dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan Intel Core 300 “Wildcat Lake” terbaru oleh Intel yang diperkenalkan untuk komputer riba yang lebih mampu-milik. Untuk pasaran Malaysia, Acer Swift Air 14 dikuasakan oleh pilihan cip Intel Core 3 304, Intel Core 5 320 sehinggalah Intel Core 7 350 dengan gabungan memori dan storan 8 ke 12GB LPDDR5 dan storan SSD sebesar 512GB.

Image from: Acer Swift Air 14 Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Dengan Harga Permulaan RM2999

Dari segi sokongan palam, komputer riba ini hadir dengan dua palam Thunderbolt 4, satu palam USB 3.2 Type-A dan satu palam audio 3.5mm, beserta sokongan untuk sambungan nirwayar WiFi 6E dan Bluetooth 5.3. Acer juga mengatakan bahawa Acer Swift Air 14 ini tampil dengan kapasiti bateri yang mencukupi untuk membolehkannya bertahan selama 19 jam dengan satu pengecasan penuh.

Image from: Acer Swift Air 14 Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Dengan Harga Permulaan RM2999

Satu lagi kelebihan komputer riba ini hadir melalui rekaannya yang serba nipis dan ringan. Ia hanya seberat 1.19kg dan senipis 12.9mm apabila ditutup. Dalam komputer riba sepadat ini, ia juga merumahkan sejumlah ciri-ciri AI seperti Microsoft CoPilot dan juga Acer Intelligence Space.

Dari segi pilihan warna pula, Acer Swift Air 14 juga hadir dengan empat pilihan warna, termasuklah Sage Green, Frost Blue, Blossom Pink dan Lilac Purple.

Image from: Acer Swift Air 14 Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Dengan Harga Permulaan RM2999

Dari segi penawaran pula, Acer Malaysia mengatakan bahawa mereka akan menawarkan sebanyak 10 konfigurasi Acer Swift Air 14, dari pilihan Intel Core 3 304 sehinggalah Intel Core 7 350, bermula dari harga RM2999 sehinggalah RM4599. Ia akan ditawarkan di semua kedai pengedar komputer riba Acer diseluruh negara, dan juga di Acer eStore Malaysia.

Image from: Acer Swift Air 14 Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Dengan Harga Permulaan RM2999

Mereka yang membeli komputer riba ini bermula 7 Oktober ke 7 Disember 2026 akan menerima hadiah percuma, termasuklah tetikus Acer HyperScrolling, waranti tambahan Acer SuperCare 2 dan botol air Acer SwiftSip yang mana kesemuanya bernilai RM670, selagi stok masih ada.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved