Acer Swift Edge 14 AI Dilancarkan – Nipis Dan Tahan Lasak Pada Harga Bermula RM5,899

TechnologyDigital
7 Apr 2026 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer Swift Edge 14 AI turut dilancarkan untuk pengguna yang selalu bergerak. Ia dikuasakan dengan pilihan cip Intel Core Ultra 7 atau Ultra 5 dan menyokong memori sehingga 32GB ditambah dengan storan sehingga 1TB. Sesuai untuk menjalankan pelbagai tugasan harian, strim kandungan atau sekadar melayari web.

image is not available

Acer turut mementingkan aspek ketahanan pada Swift Edge 14 AI kerana ia mempunyai piawaian gred tentera MIL-STD 810H yang dapat memastikan ketahanan untuk seharian penggunaan. Gabungan rangka aloi magnesium-aluminium juga memastikan ia kekalkan ringan dengan berat hanya bawah 1kg dan mempunyai tahap ketebalan yang rendah iaitu 14mm.

image is not available

Swift Edge 14 AI ini juga menggunakan skrin OLED beresolusi 3K untuk memberikan paparan yang hidup dan cerah. Selain itu, ia juga mempunyai pad sesentuh pelbagai fungsi yang responsif untuk menavigasi dengan lebih mudah dan cepat.

image is not available

Acer Swift Edge 14 AI ini akan dijual pada tanda harga RM6,999 untuk pilihan cip Core Ultra 7 dan pada RM5,899 untuk cip Core Ultra 5. Dalam tempoh promosi dari 7 April sehingga 21 April, pembeli boleh mendapatkan kredit TnG sehingga RM250 dan juga Acer Wireless BT Mouse secara percuma.

image is not available