Siri Acer Aspire S Dilancarkan Pada Harga Bermula RM4,399

TechnologyDigital
7 Apr 2026 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer turut memperkenalkan komputer desktop serba guna melalui siri Aspire S yang menggunakan reka bentuk moden dan minimalis. Ia dikuasakan dengan pilihan cip Intel Core Ultra 7 155U atau Intel Core Ultra 5 125U dengan menggunakan grafik terbina Intel Arc. Memori 16GB DDR5 digunakan untuk cip Core Ultra 5 dan 32GB untuk cip Core Ultra 7. Acer juga membekalkan storang simpanan sehingga 1TB.

image is not available

Siri Acer Aspire S akan tersedia dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 27″ atau 23.8″ dan paparan ini mempunyai sokongan sesentuh dengan resolusi FHD dengan gabungan kadar segar semula 144Hz. Dengan bingkai yang nipis, ia dapat memberikan nisbah paparan ke badan sehingga 90% untuk tontonan yang lebih mengasyikkan.

image is not available

Dari segi kemudahan pula, Siri Aspire S dilengkapi dengan kamera web 1080p IR dengan dua mikrofon stereo. Ia juga dilengkapi dengan penutup privasi yang terbina untuk menjamin keselamatan dan ketenangan pengguna.

image is not available

Siri Acer Aspire S akan dilancarkan pada harga bermula RM4,399 untuk pilihan skrin 23.8″ dengan cip Core Ultra 5 dan RM5,099 untuk skrin bersaiz 27″ dengan cip yang sama. Manakala untuk pilihan dengan cip Core Ultra 7 dijual pada tanda harga RM4,799 untuk skrin 23.8″ dan RM5,499 untuk skrin 27″. Untuk promosi pelancarannya dari 7 April sehingga 20 April, pembelian boleh mendapatkan fon kepala Nitro dan TnG eWallet bernilai RM150 secara percuma untuk pilihan skrin 23.8″ manakala anda boleh mendapatkan pengawal Nitro tanpa wayar berwarna putih dan penebusan eWallet TnG bernilai RM150 untuk skrin 27″.

image is not available