Acer Swift Go 16 AI Dilancarkan Dengan Harga RM5,999

TechnologySales & Promo
7 Apr 2026 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer telah memperkenalkan komputer riba terbaru mereka untuk tahun 2026 yang sesuai untuk pengguna yang mencari keseimbangan dengan prestasi. Komputer riba ini menawarkan spesifikasi yang terkini seperti cip pemproses Intel Core X7 358H yang digabungkan dengan grafik terbina Intel Arc B390. Dari sudut memori dan storan, ia disokong memori LPDDR5X sehingga 32GB dengan storan sehingga 1TB.

image is not available

Swift Go 16 AI ini mampu menawarkan kebolehan Ray Tracing untuk prestasi visual yang dipertingkatkan melalui grafik Intel Arc. Meskipun mempunyai prestasi yang tinggi, Swift Go 16 AI ini masih lagi kekal nipis dan ringan yang memudahkannya untuk dibawa ke mana-mana. Ini digabung dengan jangka hayat bateri yang boleh bertahan seharian.

image is not available

Swift Go 16 AI ini juga menggunakan paparan yang impresif dengan skrin OLED beresolusi 3K yang cerah dan digabungkan dengan kadar segar semula 120hz untuk memastikan kelancaran yang baik. Acer juga menggunakan rangka aluminium berukiran laser yang anggun dan penggunaan engsel 180 darjah yang fleksibel untuk kegunaan harian.

image is not available

Acer Swift Go 16 AI akan dijual pada tanda harga RM5,999 dan sempena promosi pelancarannya dari 7 April sehingga 20 April, pembeli boleh mendapatkan beberapa hadiah percuma seperti Acer Wireless BT dan juga TNG yang bernilai sehingga RM250.

image is not available