“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa

LocalFood
13 Mar 2026 • 4:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Satu video yang tular baru-baru ini, berjaya membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia merasa terharu apabila melihat keakraban jiran tetangga berbilang kaum di negara ini.

Video tersebut memaparkan seorang warga emas berbangsa India sanggup hubungi pemuda yang dikenali sebagai Meor untuk bertemu bagi memberikan maruku kepadanya dan anak untuk berbuka puasa.

Dalam video berdurasi 1 minit 8 saat yang dimuat naik oleh Meor dan meraih lebih 300K jumlah tontonan dalam masa sehari itu, Meor dan anaknya Zara begitu gembira melihat warga emas yang dipanggil Patti itu. Malah Zara juga dilihat tidak kaku apabila bersama Patti dan terus menghulurkan salam.

“Ada 24 cucu dan ini (Zara) yang ke 25.”

@mmasendo

Patti call suh datang jugak sebelum berbuka sebab nak bagi barang. Terima kasih patti selalu ingat saya

♬ Zapin Melayu LESTI X Welda Maulani – Ahmad Welda Maulani

Bercerita mengenai detik perkenalannya dengan Patti, Meor memberitahu bahawa ia bermula dari tahun lepas. Meor yang suka bersembang dengan orang ramai di satu kawasan residensi itu akan bertegur sapa dengan sesiapa yang ada di sana.

Antara orang yang kerap dia jumpa adalah Patti atau nama sebenarnya Thanapatium Anamurgaya ini dan menyatakan bahawa Patti ini suka ‘melayan’ Zara.

“Dia suka bagi sesuatu kepada Zara, dia akan tunggu Zara keluar dan bagi.”

Malah, Meor mengatakan bahawa air tangan Patti ini memang sedap kerana Patti ini pernah berniaga maruku dan vadei semasa dia muda dahulu.

“Patti ini dulu masa muda-muda dia jual vadei dan maruku dari rumah ke rumah. Vadei dan maruku air tangan dia semua sedap-sedap. Dia selalu buat dan bila dia buat dia akan call saya untuk datang ambil. Hari itu dia call beritahu ‘Patti ada buat maruku untuk kamu, tolong ambil sebelum buka puasa’, jadi lepas ambil Zara (balik sekolah) saya terus jumpa Patti,” katanya kepada Lobak Merah.

Tambah Meor, Zara memang suka makan maruku daripada Patti, jadi setiap kali dapat maruku daripada wanita itu, anaknya menyukainya dan ia juga jadi penyebab mengapa Patti gemar membuat maruku buat Zara.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tumpang terharu melihat keakraban mereka kerana masih tersemat keharmonian sesama kaum di sebalik ketegangan yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.