Ada 27 rekod jenayah, lelaki disyaki pukul isteri ditahan

16 Sep 2026 • 4:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ada 27 rekod jenayah, lelaki disyaki pukul isteri ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan yang mempunyai 27 rekod jenayah lampau ditahan selepas disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata tajam di Cheras, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihak Polis Daerah Cheras menerima laporan daripada seorang doktor perubatan di Hospital Ampang pada 29 Ogos lalu kira-kira pukul 2.19 petang.

Menurut beliau, laporan dibuat selepas pihak hospital merawat mangsa, seorang wanita berusia lingkungan 40 tahun yang disyaki dipukul dan dihiris menggunakan senjata tajam oleh suspek yang juga suaminya melalui perkahwinan adat yang tidak didaftarkan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan telah dimasukkan ke wad ortopedik sebelum tampil membuat laporan polis sendiri sejurus dibenarkan keluar dari hospital pada 4 September lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fadil berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras melancarkan serbuan pada 8 September lalu kira-kira pukul 4.10 petang di perkarangan IPD Dang Wangi.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30 tahun yang tidak bekerja.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 27 rekod lampau melibatkan 15 kes jenayah dan 12 kes di bawah Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Tambah beliau, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek turut didapati positif dadah.

“Suspek ditahan reman selama enam hari sehingga 14 September lalu bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Ada 27 rekod jenayah, lelaki disyaki pukul isteri ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved