Buat penghadang & provokasi? Lima Orang Asli ditahan di Hutan Ramsar

LocalPolitics
16 Sep 2026 • 3:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera semalam menyaksikan lima individu dipercayai Orang Asli ditahan selepas didakwa mendirikan halangan dan melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa.

Lima individu termasuk lelaki dan wanita

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, lima individu terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita itu ditahan ketika operasi penguatkuasaan dijalankan kira-kira pukul 10 pagi.

“Kesemua suspek ditahan kerana bertindak menghalang pihak penguatkuasa daripada menjalankan operasi penguatkuasaan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.
“Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai diminta tak sebar maklumat tak betul

Menurut Zulkiflee, operasi berkenaan dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian tersebut sehingga boleh menimbulkan salah faham serta mengganggu ketenteraman awam.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak sahih atau sebarang maklumat yang salah sehingga boleh menimbulkan salah faham serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

 

Image from: Buat penghadang & provokasi? Lima Orang Asli ditahan di Hutan Ramsar

Foto: Kosmo!

 

Sumber: Facebook Polis Daerah Bera

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved