Ada 31 rekod kesalahan: Suami isteri ditahan, curi barang farmasi RM883

26 Sep 2026 • 1:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ada 31 rekod kesalahan: Suami isteri ditahan, curi barang farmasi RM883

PORT DICKSON – Pasangan suami isteri yang mempunyai keseluruhan 31 rekod pelbagai kesalahan ditahan polis selepas dipercayai mencuri dua barangan bernilai RM883 dari sebuah farmasi di Batu 6, Telok Kemang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd. Adnan berkata, pasangan berusia 44 dan 26 tahun itu ditahan di sebuah resort di daerah berkenaan.

Menurut beliau, lelaki terbabit mempunyai 17 rekod pelbagai kesalahan, manakala isterinya mempunyai 14 rekod atas pelbagai kesalahan.

“Kes ini dilaporkan pada 23 September lalu oleh penyelia farmasi selepas mendapati dua barang hilang daripada rak, namun masih direkodkan dalam sistem inventori farmasi.

“Barang yang hilang itu ialah Thomson Gingkgo (RM515)  dan Pristin Omega 3 Fish Oil (RM368),” katanya kepada Kosmo!, di sini, hari ini.

Ahmad Afiq berkata, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.35 pagi, 17 September lalu.

“Hasil semakan mendapati seorang wanita dipercayai warga tempatan mengambil kedua-dua barangan berkenaan dan tidak meletakkannya semula.

“Wanita itu kemudian dilihat berada di hadapan premis bersama seorang lelaki dipercayai warga tempatan sementara menunggu seorang lagi rakan mereka yang berada di dalam kedai,” katanya.

Beliau berkata, selepas individu berkenaan keluar dari farmasi, ketiga-tiga mereka kemudian beredar dari lokasi terbabit. – KOSMO! ONLINE

The post Ada 31 rekod kesalahan: Suami isteri ditahan, curi barang farmasi RM883 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved