Asam Garam Alam Perkahwinan, Ramai Boleh “Relate” Bila Isteri Guna “Trick” Ini Dekat Suami

Family & ParentingLifestyle
25 Sep 2026 • 11:03 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Asam Garam Alam Perkahwinan, Ramai Boleh “Relate” Bila Isteri Guna “Trick” Ini Dekat Suami

Dalam kehidupan berumah tangga, ada sahaja gelagat pasangan yang kadangkala membuatkan kita tergelak sendiri.

Lebih-lebih lagi apabila sudah lama bersama, masing-masing tentu sudah masak dengan perangai dan ‘trick’ pasangan dalam urusan seharian.

'Trick' isteri kepada suami

Ada masanya, perkara yang nampak biasa sebenarnya sudah dirancang lebih awal.

Daripada ajakan keluar makan, tiba-tiba minta tolong sesuatu hinggalah alasan kecil yang akhirnya membuat pasangan ‘terkena’ tanpa disedari.

Situasi seperti ini mungkin nampak remeh, namun itulah antara asam garam kehidupan berumah tangga yang membuatkan perjalanan bersama pasangan lebih berwarna.

Diajak makan di luar

Menurut perkongsian di Threads, lelaki yang dikenali sebagai @hanifarshad91 berkata dia masih terkena dengan helah isterinya sendiri walaupun sudah hampir 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Malah, dia menyifatkan dirinya sudah ‘kalah teruk’ dalam soal berkenaan, seolah-olah perkahwinan mereka ibarat satu pertandingan dengan keputusan 100-0 memihak kepada isterinya.

“Kami dah kahwin dekat 12 tahun, tapi saya still terkena dengan trick wife sendiri. Kalau perkahwinan ni ibarat contest, rasanya saya dah kalah teruk dengan dia sampai 100-0,” katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, kejadian itu bermula apabila isterinya mengajaknya sekeluarga untuk makan di luar pada petang sebelumnya kerana tidak larat untuk memasak.

“Petang semalam wife ada ajak, ‘kita makan luar lah malam ni. Tak larat nak masak.’

“Saya pun ‘okay’,” katanya.

Selesai menunaikan solat Maghrib, mereka kemudian bersiap untuk keluar bersama anak-anak.

Semua persiapan termasuk kunci kereta juga sudah tersedia sebelum isterinya tiba-tiba mencadangkan supaya mereka menggunakan kereta milik ibunya.

“Naik kereta mama lah. (Axia) Kereta ni kecik sikit, senang nak parking.

“Sekali lagi saya ‘okay’. Takde suspicion apa-apa,” katanya.

Baca juga:

Rupanya ada ‘agenda’ lain

Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki berkenaan kemudian masuk ke dalam kereta sebelum menekan brek dan menghidupkan enjin.

Ketika itulah dia menyedari meter minyak kereta berkenaan hanya menunjukkan satu bar dan hampir kehabisan minyak.

“Sekali tudia. Minyak 1 bar hujung-hujung nyawa. Nasib tak berkelip lagi je.

“Rupanya dia dah rancang benda ni sejak pagi, saya je yang lalai,” katanya.

Menurutnya, isterinya dipercayai sudah merancang perkara tersebut sejak awal hari supaya suaminya yang akhirnya mengisi minyak kereta.

Walaupun menyedari dirinya sudah terkena ‘trick’ berkenaan, lelaki itu tetap mengambilnya secara berseloroh dan memilih untuk mengisi minyak sehingga penuh.

“Banyak planning yang dia dah buat dari pagi semata-mata nak biar suami dia yang isikan minyak.

“Takpe lah, kita isi full tank. Harap next time tak kena lagi,” katanya.

Kisah tersebut sememangnya antara asam garam kehidupan berumah tangga yang mungkin pernah dialami pasangan lain, cuma caranya sahaja berbeza.

Reaksi netizen

Perkongsian berkenaan turut mencuit hati netizen yang boleh ‘relate’ dengan gelagat pasangan masing-masing dalam urusan seharian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengaku boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut, malah menganggap ‘trick’ yang digunakan si isteri itu sebagai antara asam garam kehidupan berumah tangga yang mencuit hati.

“Okay lagi tu tuan.. sy package dengan kereta anak perempuan sekali,” komen seorang netizen.

"Alamak kantoi," seloroh seorang netizen.

"Kenapa encik spill trick dan rahsia kami si isteri isteri bijak pandai lagi gemilang terbilang ni," seloroh seorang lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved