'Setiap dinding ada kenangan pernah tercipta...' - Secangkir Kafe tinggal memori selepas pemilik maut kemalangan

26 Sep 2026 • 6:36 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Setiap dinding ada kenangan pernah tercipta...' - Secangkir Kafe tinggal memori selepas pemilik maut kemalangan

BULAN lalu, kemalangan menimpa pemilik sebuah kafe di Kuantan, Pahang iaitu Secangkir Kafe tular dan cukup menyentuh hati. Tiga sekeluarga termasuk pasangan suami isteri dan seorang cahaya mata pergi selamanya dalam nahas tragis di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1).

Dalam perkembangan terkini, menerusi perkongsian kontraktor, beberapa struktur bangunan kafe berkenaan telah diroboh dan melalui proses pengubahsuaian.

"Ada projek yang kita terpaksa buka semula, bukan kerana kerja itu tidak bagus tetapi kerana sebuah cerita telah berubah.

Image from: 'Setiap dinding ada kenangan pernah tercipta...' - Secangkir Kafe tinggal memori selepas pemilik maut kemalangan

"Hari ini, kami kembali untuk merobohkan semula apa yang pernah kami bina dan mengembalikannya kepada keadaan asal.

"Pemiliknya telah pergi buat selama-lamanya akibat kemalangan.

"Di sebalik setiap dinding yang dirobohkan, ada kenangan yang pernah tercipta.

"Semoga ALLAH mengampuni segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-NYA yang beriman. Aamiin...

"Al-Fatihah. Semoga keluarga yang ditinggalkan terus diberikan kekuatan dan ketabahan," kongsinya.

Perkongsian video berkenaan mengundang sebak warganet. Rata-rata meluahkan rasa sayu dan bermuhasabah bahawa apa juga yang dimiliki adalah pinjaman daripada-NYA.

Image from: 'Setiap dinding ada kenangan pernah tercipta...' - Secangkir Kafe tinggal memori selepas pemilik maut kemalangan

SinarPlus terdahulu berkongsi kemalangan tragis di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh pada 31 Ogos lalu telah mengorbankan  Muhammad Nazatullah Nazmi, isterinya, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, maut bersama anak lelaki mereka, Muhammad Armaan Nazeef, 4.

Proton S70 yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori tangki simen yang hilang kawalan sebelum turut melanggar beberapa kenderaan lain yang bergerak perlahan menghala ke Pantai Timur.

Kafe yang diusahakan oleh pasangan suami isteri berkenaan beroperasi kali terakhir pada 4 September lalu.

Sumber: TikTok

https://dai.ly/xav9rjq

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved